1

1

Sunday, December 4, 2011

Sunway Lagoon-PFD

Haaa...sunway lagoon lagi tahun ni... semalam proton nyer family day...masih terasa lagi kepenatan nya....maklumla Mr. H keje kat proton dpt la p sunway pree....hmm time sygnya kali ni x dpt bawak anak2 daraku sebab diorg kt kg. sempena cuti sekolah kan...jd memandangkan tiket pree aku ajak la adik aku skali....... sikecik dlm stroller pun seronok biar pun berpanas terik hehehe....sib baik x buat perangai...jadi budak baik dia arini...adik aku lak bw anak dia si irfan...hah bukan main lagi seronok main... hensem lak mr. H ni bila duk sebelah aku...hehehe..

Tahun ni pun my company pun buat family day kt sunway gak minggu lepas saturday.....tp x dpt la join coz aku satu family balik kg...adik bongsu kawen....

Xper tiap2 tahun pastu aku akan ke sunway sbb dpt tiket pree ni hehehe....ok la tata

Friday, July 15, 2011

Lahirnya Putera kebanggaanku

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, telah lahir seorang putera pertama kami setelah 5 tahun menanti. Pada tanggal 24 Jun 2011 tepat jam 10.39 pagi pada hari jumaat bertepatan dengan 22 Rejab 1432 H di Hospital DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) Panjang 45cm dan berat 2.18 kg, lahir secara caesarian.

Akulah sang ibu yang bersyukur melihat jasadnya setelah operation itu selesai..tiada gambaran kegembiraan sehebat itu bila dapat melihat dan mendengar tangisan pertamanya untuk kesekian kali setelah 36 minggu berada di dalam rahim ini.

Tepat jam 7, en husben menghantarku ke DEMC kerana jam 9 pg aku akan di masukkan ke OT room (bilik bedah). Kulitmu yg putih bersih bak sutera telah mengegarkan hati dan nurani ini bahawa kau anakku yang akan mewarisi keturunan ku. Kau dinamakan Mansur Luqman, nama indah yang dipilih sendiri oleh Babahmu. Syukur kau dilahirkan kedunia ini melengkapkan lagi kebahagiaan aku dan suamiku, kau sebagai penyeri yang bakal ku didik menjadi anak yang soleh.

Kegembiraan di wajah babah juga jelas terpancar dengan kelahiranmu di dunia ini sebagai putera sulungnya. Kau menyerikan lagi kehidupan ibu dan babah. Kau tidak pernah menyusahkan ibu sejak di dalam rahim sehingga kini.

semakin hari kau semakin membesar dengan alam persekitaranmu...kau dah mula pandai memegang dan memusing2kan kepalamu...ibu gembira dengan perkembangan mu dari hari ke hari. kau dah mula menangis jika sesuatu benda itu tidak kau sukai...dah pandai memberontak jika lambat menunaikan permintaan mu...aduh anakku...kau semakin cerdik dan bijak.








Monday, May 23, 2011

Hantu A n B

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.

Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..

Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi...

Thursday, May 12, 2011

Baby

Seperti terlalu cepat masa berlalu, kandunganku dah masuk 32 weeks..syukur sangat. Sejak dua menjak ni baby asyik mengeras dalam perut. Ada sekali sekala time2 syok duk layan tv dia menendang, seluruh ari-ari rasa sakit dan senak. Kalau kat umah xper la, babah boleh tolong usapkan, ks baby duk diam2....ni time kej, haru aku dibuatnya....Babah selalu usap supaya baby duduk betul2, babah risau ibu selalu rs sakit. Babah sayangkan ibu.

Harap-harap baby kuar ontime. Sebab ibu dh plan baik punya pantang sampai raya nanti. sebenarnya, time peknen...babah banyak berkorban...dia la suami dia la ibu menggantikan aku buat keje2 umah ni sumer....babah basuh baju, jemu kain, iron baju, basuh pinggan mangkuk, kemas rumah, layan anak...boleh dikatakan semua Babah yang buatkan....

Ibu cuma layan tv, makan n tidur..keje lain tidak dibenarkan sama sekali untuk aku lakukan...Babah, I luv U so much...n thks a lot.

Babyku suka protes kalu dia tidak selesa atau berada dalam keadaan tertekan, mungkin di tempat keje aku hanya duduk di kerusi menyebab baby tidak selesa dengan keadaan sebegitu.

Ok la nanti sambung lagi, ada keje sikit...tata

Wednesday, May 11, 2011

Susu terakhir buat si kecil

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

Tuesday, May 10, 2011

Memotong kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

hamil 31 minggu

Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki.


Video meninjau kehamilan: Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran.

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan.

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan.

Sunday, February 27, 2011

KLIA ronda2

Xtau aper nk buat sabtu lepas, pagi2 siapkan diri terus ronda2 KL...last2 sampai ke KLIA.....pusing2 KLIA tunjukkan kapal terbang pd anak2....seronok bukan main lg....siap menangis nak naik kapal terbang. hmmm jenuh aku nk memujuk nya...




Thursday, February 24, 2011

'Adam'

Setelah hampir 5 thn tidak mengandung...kini ibu betul2 bersedia untuk memiliki anak lagi....
Kini kandungan ibu sudah mencecah 20 minggu dan semalam ibu mendapat tahu jantina bayi 'adam' itu menerusi mesin pengimbas di klinik ditempat ibu bekerja.....

Ibu memang berniat mahu mengetahui jantina bayi bagi memudahkan membuat persediaan awal.

Bukan ibu dan babah sahaja yang gembira menerima berita itu malah ibu turut berkongsi kegembiraan itu dengan mak dan ayah ibu di kampung. Syukur alhamdulillah, ibu dan babah juga sebenarnya memang nak sangat bayi lelaki. Walaupun ibu sudah memiliki 2 orang puteri dan kandungan kali ini lain benar rasanya.

Ramai juga orang lebih tua daripada ibu mengandaikan bayi ini adalah lelaki sebab perut ibu membonjol kedepan.

Sejak 2 minggu lepas, 'adam' bergerak aktif dan sentiasa ingin menonjolkan dirinya..kadang-kadang tidak senang duduk ibu dibuatnya. tidak mengira masa, jika 'adam' ingin memberontak, 'adam' akan melakukan tanpa belas kasihan kepada ibu.
Paling 'adam' tidak suka ketika ibu tidur mengiring, pastinya 'adam' merasa dunianya sempit menyebabkan tendangan kaki 'adam' menyakitkan ibu.

'Adam' memberontak lagi....aduh...ibu terpaksa full stop...............sambung nanti, ibu ingin melayan 'adam'..

Monday, February 7, 2011

Jalan-jalan cari makan.

Kakak kusyuk makan ice-cream setelah penat bergaduh dengan babah. Menangis nak beli alat make-up..huhu sedey..cian dia.

Adik dah boleh makan, x peduli alam sekitar dah...apa nk jd...jd lah...yang penting makan...sedap spegeti ni.... ptg tu abis spegeti + ice-cream + milo ais....hehhe
Kakak makan spegeti sambil menangis, order set kids meal. kenyang.


potong dik jgn x potong...

Peace...adik dh sinonim ngan simbol ni..

Jalan-jalan cari makan sempena besday Babah. Hepi besday sayang...luv u forever n ever.

Monday, January 31, 2011


Kereta Baru dapat hadiah sempena mengandung anak ke 3. Di beli atas nama ku..Thanks en suamiku...luv u so much.

Sunday, January 23, 2011

Usia rama2 kecil 16 minggu

Baby kini berusia 16 minggu...td baru scan, kedudukan baby seperti tgh bersujud....hidung mancung...kaki aktif menendang...

sonok x sabar nk tunggu kelahirannya ke dunianya....moga semua selamat...baby sihat dan aktif.

Tuesday, January 18, 2011

Usia rama2 kini 15 minggu

Perkembangan Bayi (Minggu pertama hingga minggu ke-16)

Minggu pertama - 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Minggu ke-2 - Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Minggu ke-3 - Saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih (sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Minggu ke-4 - Janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci (6 mm = sebesar biji tembikai). Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Minggu ke-5 - Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Minggu ke-6 - Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Minggu ke-7 - Pembentukan bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban atau amnotic sac) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Minggu ke-8 - Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Minggu ke-9 Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Minggu ke-10 - Bayi sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Minggu ke-11 - Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Minggu ke-12 - Usia kehamilan masuk 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi sudah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13 - Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik.
( Banyakkan meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari)

Minggu ke-14 - Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil.
( Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa)

Minggu ke-15 - Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
( Banyakkan senaman ringkas atau lakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina menjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.)

Minggu ke-16 - Kehamilan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Friday, January 14, 2011

Rama2 kecil

Kini usia rama rama kecil sudah menjangkau 14 minggu....terasa pergerakan di dalam rahim ini.....rama rama kecil sudah pandai kicking ibunya.....











Bayi-bayi dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian, jiwanya putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa menyajikan mereka dengan hidangan dunia yang merosakkan.
Saban hari, begitu ramai yang mengeluh atas masalah hati. Membesar menagih kasih seorang ajnabi. Diperalatkan oleh riak dan hasad dengki. Terperangkap dalam permainan duniawi. Di mana salahnya pendidikan anak-anak Islam kini?

Imam Suyuthi berkata bahawa mengajarkan al-Quran kepada anak-anak merupakan salah satu di antara asas-asas Islam, sehingga mereka tumbuh di atas fitrah. Begitu juga cahaya hikmah akan terlebih dahulu masuk ke dalam hati mereka sebelum dikuasai oleh hawa nafsu dan dinodai oleh kemaksiatan dan kesesatan.

Thursday, January 13, 2011

Heppi besday suamiku

Tanggal 31 Jan - Lahirlah Makhluk ciptaan Allah ke dunia ini, menjalani hidup seperti manusia lain di bumi ini....KINI insan ini adalah jodoh dan penemanku dunia dan akhirat...

Nak surprisekan ke tidak ni ek?...tp hari isnin time keje lak tu...huhu....xper ada bantuan dr anak2ku.....SURPRISE.........

sambung lps 31 Jan nanti............kita tgk aper jadi.....byeeeeeeeee