1

1

Monday, April 9, 2012

Hepi Besday Rida - opismate






Assalammualaikum dan selamat tengah hari kawan2, jumaat lepas seprisekan bff sempena hari jadi dia...yang ke berapa tu biar la rahsia...kan marah lak kalu bgtau...hehehe...so buat la kek tuk dia...mulanya buat yg kt atas ni...tp bila try masukkan dlm bekas bulat tpt kek tu x muat lak...heheh kek besar sgt...xder la besar sgt pun...hmmm kebetulan halfday sbb ada hal skit...jd amik kesempatan tu wt sebiji lg yg kecik skit...yg kt bwh ni la...hehehe





So, hari kejadiaan tu kita org pun p la mkn KFC...hehe thks to sue, k zake n yusnita...kerana terlibat sama dlm hal ini hehehe...nak share la recipe kt sini coz diorg ckp sedap kek moist kukus ni...hehe HEPI BESDAY RIDA  semoga panjang umur n murah rezeki.


Kek Coklat Moist Kukus


Bahan-bahanya


1/2 tin susu pekat

3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder

1 sudu teh baking soda
1/2 cawan minyak masak
1 cawan gula
1/2 tin susu cair


1 cawan serbuk koko (van hauten)
1/2 sudu teh esen vanila



*Topping*


1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, pastikan kek sejuk baru curahkan atas kek dan hias la apa je atas keke tu.
Cara-caranya
1. Tepung gandum +  baking powder + baking soda, ayak dan ketepikan.

2. Dengan mgunakan mixer, pukul telur + susu pekat / gula smpi ringan. (susu pekat/gula tu ikut suka ati, mn2 pun sama je)


3. Serbuk koko + susu cair + gula + minyak ( Masukkan dlm periuk dan panaskan atas api kecil sehingga sebati, then angkat )

4. Campurkan kesemua bahan td setelah sebati curahkan adunan ke dalam acuan untuk di kukus.
4. Kukus selama 30 minit. Siap.....selamat mencuba.