1

1

Thursday, February 26, 2015

Manusia sentiasa di uji

Assalamualaikum wbt



Mengapa Aku yang di uji? 
Itu menjadi persoalan pertama yang seringkali kita dengar dari setiap insan yang di uji Allah swt. 

Firman Allah swt. "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,"
(Surah AlMulk: Ayat 2)

Setiap manusia pasti melalui saat-saat di uji Allah swt. Dan jika kita sebagai manusia tidak tahan dengan ujian itu, kita akan rasa berputus asa tanpa memikirkan kebaikan sebalik ujian itu.

Namun, jika uji atau musibah itu di tafsir dengan sempurna dan teliti, pastinya rasa putus asa tidak akan timbul dalam diri malah ujian itu mampu memberi sesuatu kekuatan baru kepada kita semua dalam menghadapi hari esok tanpa mengeluh.


Rasulullah saw juga bersabda:
"Sesungguhnya, jika Allah swt mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan di uji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah swt".

Seperti aku juga di uji ketika melahirkan anak pertama 10 tahun yang lalu. Ketika di atas katil menunggu saat-saat kelahiran. Dengan kesakitan yang tidak mampu di lafaz oleh sesiapa pun wanita-wanita di dunia ini. Dengan penantian 5 jam di wad bersalin..hanya 3 inch sahaja saluran peranakan terbuka. 

Setelah 5 jam merasakan kesakitan itu, jantung bayiku menjadi lemah kerana air ketuban sudah lama di pecahkan. Dengan berat hati suamiku meluluskan untuk melahirkan secara pembedahan. Aku terus di masukkan ke labour room.

Apa yang di fikiranku ketika itu, kenapa aku yang di uji begini..kenapa orang lain sesenangnya melahirkan tanpa sebarang komplikasi atau kerumitan di saat melahirkan. Andai itu takdirku, aku dan suami redha kerana Allah swt tahu aku mampu mengharunginya.

Jadi setiap apa yang terjadi itu, fikirkan lah ada hikmah setiap sebalik kejadian yang di berikan Allah swt. Jangan leka dengan menghukum Allah kerana musibah itu. Allah tahu segala apa juga rancanganNya adalah terbaik untuk kita. 

Menguji ketaatan dan ketaqwaan kita sebagai hambaNya di dunia ini. Adakah kita mampu menerimanya dan rasa syukur dan redha. Hilang sabar bukti lemahnya iman kita.

Sepertimana Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan kami telah beriman sedanakan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

Bagi orang-orang yang beriman yakin bahawa setiap ujian Allah itu adalah yang termampu di tanggung oleh manusia itu.

Sunday, February 22, 2015

Mudahnya Menjemput REZEKI

Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat

Sesetengah ulama berkata bahawa Sesiapa yang menjaga soaltnya maka Allah akan mengurniakan lima keistimewaan:
  • Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.
  •  Akan di hindarkan daripada azab kubur.

  •  Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan.

  • Akan memasuki syurga tanpa hisab
Manakala Allah juga berjanji untuk memberi balasan yang baik kepada orang yang bersolat.

Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan soalt. Kami tidak meminta rezeki kepada kamu. Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertakwa. (Thaha 20:132)

"Apakah cara paling murah, mudah dan praktikal agar otak kita beroperasi dengan lebih cekap dan cepat?" Anda sudah tahu jawapannya, betul?.

Jesteru, dengan menunaikan perintah Allah khususnya solat, bukan sahaja mendapat ganjaran pahala dan rezeki, malah fikiran kita pun bertambah cerdas.

Bagaimana Menjemput Rezeki Dengan Surah Al-Fatihah.
Ada 4 kaedah:-
1.
 Masa membacanya di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Subuh. 
Baca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara dua solat tersebut. 
Bismillahirrahmanirrahim adalah ayat pertama bagi surah Al-Fatihah.

2.
Masa membacanya selepas selesai setiap solat 5 waktu. Baca sebanyak 7 kali.

3.
Masa membacanya di tengah malam (semasa bangun untuk solat tahajjud). Bacalah sebanyak 41 kali.

4.
Pilihlah mana-mana waktu yang sesuai. Kemudian baca surah Al-Fatihah sebanyak 313 kali. Bacalah selama 3,5 atau 7 hari. Membaca Al-Quran sebaiknya mengadap kiblat dan ada wudu'.

Pendinding ketika tidur.
Bacalah Surah al-Fatihah 1 kali
Surah al-Ikhlas 3 kali,
Surah an-Nas dan
Surah al-Falaq sekali sebelum tidur.
Insya-Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan,
kecurian, kebarakan dan malapetaka.

Saturday, February 21, 2015

Misi Bantuan Banjir Ke Kelantan 16th Jan


 Misi bantuan banjir ni bermula dengan idea My Miss Bos.
Puan Sharaifah Kamariah. Maka tercipta la satu kumpulan AJK tunggak kejayaan misi ini.

Meeting pertama di buat merencana agenda dan apa yang perlu di lakukan seterusnya.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar dengan izin Allah. Collection berjumlah RM10k ++ dapat di kumpulkan dengan kerjasama semua pihak.

  Tanggal 16 Jan 2015 Sebanyak 3 buah 4WD menghala ke Aring 1-10, Manik Urai, Kubang Kerian dan Pasir Mas.
Semua yang di rencana berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Seramai 6 orang Sukarelawan di hantar ke sana berbekalkan sedikit arah tunjuk & GPS.

Ini lah wajah-wajah sebenar belakang tabir. Tiada pangkat atau darjat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kebajikan ini. Alhamdulillah kita berbeza tapi misi yang sama. syukur pada MU kerana memberkati niat kami ini.

Sukarelawati yang banyak membantu di belakang tabir. Mak-mak dara dan anak dara yang mengemas dan meyusun atur barang2 keperluan sebelum di agihkan kepada mangsa-mangsa.

Hah terselit gak gambar ni...ni sebenarnya misi bantuan banjir personal dari koleksi peribadi ku. 2 minggu sebelum misi banjir besar-besaran dari pihak syarikat.

Kolam Renang Putrajaya.

video

Assalamualaikum wbt..

Lama gak la x coret coret kat sini. Bawa anak jalan-jalan, mandi kat p19 putrajaya. 
Seronok la bila boleh jalan-jalan.
Seronok dapat layan anak-anak ni. Kegembiraan anak-anak kegembiraan kita sebagai ibu bapa.


Anak-anak memang seronok sangat bila boleh mandi ramai-ramai macam ni. Berbanding mandi private swimming pool ni.


Sofea dan air tak dapat di pisahkan.


~ Best sini dekat dengan rumah. 
~ Dekat dengan playground
~ Kedai makan
~ Fasiliti pun complete
~ Petrol pam
~ Open
~ Bayaran berpatutan.

Jadual operasi:
Sesi 1 : 9.00 pagi – 11 pagi
Sesi 2 : 1.00 petang – 3.00 petang
Sesi 3 : 5.00 petang – 7.00 petang
Sesi 4 : 8.00 malam – 10.00 malam

Saturday, February 14, 2015

Fakta Anak Sulung

video
Assalammualaikum

OMG lama betul tak post...hehe kesibukan melanda...x dapat nk tolong la. Santai-santai je sembang pasal anak sulung. Adakah anda juga anak sulung?  Tapi ini lah ciri-ciri yang ada pada anak ku.

CIRI-CIRI ANAK SULUNG

1)AnAk MaNjA
 Sangat manja dengan Babah, ke mana saja pasti berdua.

2) HaTi
Keras hati tapi kadang-kadang kena cara pujuk..lembut juga. Sensitif mudah sentap. Mudah menangis.

3) BeRDiKarI
Boleh buat kerja sendiri tanpa di suruh. Suka membantu sesiapa sahaja.

2) AnAk DeGiL
Degil?..ye jugak dan tak jugak. Tapi jika kemahuannya tidak di turuti selepas berjanji memang akan di ingati sampai bila-bila.

4) BeRCiNtA
7 tahun dah ada boyfren....xtau lagi la sebab belum kenal dunia luar lagi kan..

5) PeMiMPin
Memang boleh jadi ketua..memang berdisiplin.

6) ShOpPing
No 1...hahha kaki soping...pakaian nak up to date je. Kemas sepanjang masa. Baju dah lama-lama x nk pakai.

Nagantuk pulak...Anak-anak semua dah tidur....layannnnnnnn

Wassalam.