1

1

Monday, April 27, 2015

Sumatera Barat, Indonesia.


4th April 2015 - Ketibaan di Lapangan terbang Minangkabau


Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau tepat jam 1.30 minit petang, menaiki van terus ke Bukit Tinggi. Dalam perjalanan berhenti di air terjun lembah anai, dan terus di bawa ke tempat-tempat untuk melontar.
Berhenti makan di Rumah Kedai Dilamun Ombak.  Suasana di Bukit Tinggi sungguh romantik sekali, udara yang nyaman dan sejuk mata memandang. Alam semula jadi terutamanya perjalanan semasa menuruni bukit, dilereng2 jalan dapat dilihat pemandangan pokok-pokok kayu manis dan air sungai  dari pergunungan yang mengalirkan air yang  jernih, bersih dan nyaman sekali.  Satu perjalanan yang di hidang dengan anugerah alam yang cukup indah lagi mengasyikkan. Membeli belah di butik yang berdekatan dengan Hotel. Check in selepas selesai soping hari pertama.

5th April 2015 - Tasik Maninjau

Sarapan pagi di hotel, sebelum bermula lawatan pagi itu sempat soping di bawah hotel... hehhe waktu sesuai sekali. Bermula lawatan Embun Pagi di Lake Maninjau,

Pemandangan Bukit Tinggi yang di kelilingi gunung2 berapi dapat di lihat dengan jelas terutama ketika menyusur ke Danau Singkarak atau Danau Maninjau.. Kabus pagi. View tasik maninjau yang begitu cantik. melalui kelok 44 dengan jalan bengkang bengkok nye...Kecut betul turun bukit tu.
Menziarahi muzium atau Rumah Kelahiran Pak Buya Hamka. Mendengar cerita dari Haniff Rasyid orang terdekat dengan Buya Hamka sendiri. Sadis sungguh cerita nye...Hati ku tersentuh dengan apa yang di ceritakan. Balik ke Hotel dan soping di Pasar Atas dan Pasar Bawah.





6th April 2015 - Lobang Jepang

Sarapan pagi di hotel, hari ini kami akan membawa anda ke Jam Gadang, Kinikko untuk Minum kopi tradisional dan beberapa produk tempatan, Istana Raja Pagaruyung, Lobang Jepang, ada lebih 100 anak tangga, Terowong jepun, Panorama Park dan makan tengahari di atas kolam di Tepi Sawah padi.
Selepas santapan kami terus ke Istana Lindungan Bulan Balik dari Pagaruyong terus ke Hotel Penginapan di bandar Padang. Makan malam di Restoran tepi pantai.


 

7th April 2015 - Petukaran Hotel ke Padang.

Menginap di Axiana Hotel di Bandar Padang. Walau kepenatan still nak merayau2 di bandar itu. Masih nak cari kedai-kedai yang boleh di lontar. Hahha ada la kedai kasut dan sejarah sambil merayau2...bff terputus selipar yang baru di beli...huhu...nasib ada getah. selipar bergetah urat kah kah.  Sarapan pagi di hotel dan terus dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan balik ke Malaysia. Satu pengembaraan yang tidak mampu di lupakan. Bergambar sebelum sampai ke Lapangan KLIA.