1

1

Thursday, December 16, 2004

Hidup berperinsip & Berpendirian

Hidup mesti berpendirian kerana itulah yang mencerminkan jati diri kita sebagai sorang Muslim. Pendirian dan prinsip yang betul pula akan menjadi pedoman agar kehidupan tidak tersasar atau tenggelam timbul dalam arus yang tidak menentu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata, saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkan kejahatan mereka."
(Riwayat at-Tirmidzi)

Mudah terikut-ikut dengan tabiat buruk orang lain, bermakna diri menempah banyak kesusahan. Malah kadangkala lebih buruk lagi apabila diri bakal dipandang orang, kerana demikianlah tabiat masyarakat yang mudah menghukun sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat dengan mengambil kira dengan siapakah seseorang itu bergaul atau bersahabat.

Waspadalah dengan rakan yang buruk akhlaknya. Jangan mudah terpengaruh dengan orang keliling yang menunjukkan contoh yang tidak baik. Yang lemah pendiriannya pasti mudah terpesong dan terpengaruh. Jesteru berhati-hatilah !

Friday, October 15, 2004

Bagaimanakah Lelaki Sejati Itu...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran....

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...

*kesimpulan nya, dah tak berapa ramai lelaki yg sebegini di zaman celik IT ni... so carilah yg berkualiti di dunia dan di akhirat supaya masa depan tak merempat dan tak melarat...

Wednesday, June 9, 2004

Motor Development of a child btw 0 & 18 months of age

During da first months og age, da child quickly develops its motor abilities. Afterwards, as fine motos skills develop, advances is coarse motor skills seem less evident.

1 Month - Lifts da head.
2 Months - Lifts da thorax
3 Months - Tries 2 reach objects, but in general can't do so
4 Months - Sits vt support
5 Months - Takes objects
6 Months - Sits vt ease in a high chair and grabs hanging objects
7 Months - Stays sitting
8 Months - Sits on its own
9 Months - Stands by holding on 2 furniture
9 Months - crawls on its abdomen
10 Months - Crawls on hands and knees
10 Months - Walks if held by both hands
11 Months - Stands unaided
12 Months - Walks if taken by da hand
13 Months - Walks unaided
18 Months - Crawls up and down stairs.

Tuesday, March 16, 2004

Doa Kekasih

doa utk kekasih Pictures, Images and Photos
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Dan Ya Allah...ya tuhanku yg Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yg sejahtera dan abadi...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
dia bukan milikku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan Ya Allah yang Tercinta...
Gantilah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku...
Kerana Engkau Maha Mengetahui..
Segala terbaik buat hambamu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di Akhirat...
Dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini...
Jangan Engau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di Akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin...Ya Rabbal a'lamin..

Friday, January 23, 2004

MALU.. MALUNYA.. TERAMATLAH MALUNYA!

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan
kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!