1

1

Wednesday, December 26, 2007

Harga Sebuah Kereta dan Anak

Renung2kan lah …

> Bagi sapa2 yg tak langgan mastika bulan mei 2004,
> bacalah cite sedih ni.
>
> Ingatlah....
marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak
> keterlaluan.
...
>
> epada semua parents, sebuah kisah untuk dijadikan
> iktibar dan pengajaran..
....
>
> Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami
> kita memukul, especially pada anak2 yg masih kecil dan
> taktau apa2 lagi tu.
>
> Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik,
> mungkin dah sampai masa untuk badan2 kebajikan educate
> org M'sia untuk praktikkan konsep "time out" jika
> anak2 buat salah.
>
> Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di
> kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh
> pembantu rumah semasa keluar bekerja.
>
> Anak tunggal pasangan ini perempuan berusia tiga
> setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap
> dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain
> diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah
> dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli
> bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan
> lain-lain di laman rumahnya.
>
> Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun
> melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi
> kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak
> kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
>
> Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya
> jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah
> melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
> bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak
> sempena perayaan Thaipusam.
>
> Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri
> kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya
> sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut
> imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si
> pembantu rumah.
>
> Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu
> melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran
> ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk
> ke rumah terus menjerit...
>
> "Siapa punya kerja ni?"
>
> Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu
> berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah
> padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
> tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras
> kepadanya, dia terus mengatakan..
.
>
> "Tak tahu... !"
>
> "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
> buat?" herdik si isteri pula.
>
> Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba
> berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia
> berkata...
>
> "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam
> ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
>
> Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok
> bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu
> tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti
> apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus
> ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul
> pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan
> diri, antara setuju dan takut pada suami dengan
> hukuman yang dikenakan.
>
> Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si
> bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan
> kemudian tangan kiri anaknya.
>
> Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu,
> pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya
> ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan
> si anak kecil calar balar.
>
> Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil
> menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula
> terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar
> itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan
> anak kecil itu.
>
> Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
> pembantu rumah.
>
> Keesokkan harinya, pembantu rumah mengadu kedua-dua
> belah tangan si anak bengkak. .
>
> "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa sianak.
>
> Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu
> yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa
> konon mahu mengajar anaknya.
>
> Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk
> anaknya, sementara si ibu juga begitu tetapi setiap
> hari bertanya kepada pembantu rumah.
>
> "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.
>
> "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
>
> Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik
> pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan
> pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
>
> Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya
> bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
>
> "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap"
> kata majikannya itu.
>
> Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.
> Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana
> keadaannya serius.
>
> Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil
> bapa dan ibu kanak-kanak itu.
>
> "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar
> kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana
> gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
>
> "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu
> dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
>
> Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar
> kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi
> apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si
> anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
> isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat
> kebenaran pembedahan.
>
> Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang
> dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga
> terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut
> putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke
> wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat
> mereka semua menangis.
>
> Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah
> bersuara dalam linangan air mata berkata...
>
> "Abah... Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah
> pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah... sayang
> mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal
> menahan rasa.
>
> "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah
> pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari
> Surabaya itu meraung seperti histeria.
>
> "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita
> janji tak buat lagi!
> Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita
> janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.
>
> Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata
> anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang
> sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
>
>
> P/S :-
> Jadikanlah cerita ini sebagai renungan kita bersama...
> Anak adalah kurniaan Allah. Hargailah anak anda...
> Bersyukurlah anda dikurniakan anak olah Allah...
> Bagi yang masih belum mempunyai anak, mereka ini amat
> menghargai kanak-kanak.
.. Bagi anda yang mempunyai
> anak curahkanlah kasih anda sepenuhnya kepada
> mereka...

TIPS MENDIDIK ANAK HIPERAKTIF

Latih anak hiperaktif untuk berdisiplin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik.
  1. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan anak anda.
  2. Jangan sekali-kali melabel anak hiperaktif sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan padanya.
  3. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukan rawatan yang terbaik bagi anak.
  4. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi seudara lainnya. Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh.
  5. Dalam mengajar anak yang hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-hal yang cepat dapat dipelajari dan diingat oleh anak normal.
  6. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa dia adalah anak yang baik, dan jangan mengungkit-ungkit kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukannya.
  7. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang mungkin boleh membahayakan dirinya atau orang lain.
  8. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak hiperaktif kita harus berkomunikasi ‘setiap satu minit sekali’
  9. Salah satu hal yang penting sulit mengatasi anak hiperaktif adalah ketika sedang berada di meja makan dan kita meminta dia makan sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marahi dia ! Yang harus anda lakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar.

Monday, December 24, 2007

Cinta Liya

Tidak semua wanita mampu menjalani kehidupan dengan begitu baik dan sempurna. Dalam meniti kehidupan sebagai wanita, aku sentiasa dihimpit permasalahan yang ada kalanya tidak mampu diselesaikan bersendirian.

Tatkala itulah, aku tersasar dan terpaut di jendela hatimu. Dan dengan harapan agar kasih sayangmu berpanjangan…..

Kalau kau tanya apa itu cinta, lihatlah dimataku. Cinta telah meninggalkan jejak cahaya disana. Kalau kau tanya kenapa begitu, jawabnya adalah kau sendiri.
Kalau masih ada pertanyaan kenapa harus kau…terus terang..aku tak tahu
Kerana kata-kata tak sanggup lagi menyampaikan isyarat hatiku yang telah kau liriki.

Kalaulah bukan kerana cintaku padamu, aku tak akan hidup dipinggir hatimu dan mengharapkan kata-kata manis dari bibirmu. Aku hidup dengan harapan yang kau berikan dan aku mati kerana merinduimu.....
Berapa kali aku hidup disebabkan harapan padamu dan berapa kali aku telah mati....Aku melepaskan rindu dengan meminum air rindu dari bibirmu
Namun air itu tetap penuh jua dengan rindu mu tanpa henti....

Tak seorang pun yang paling sengsara daripada aku yang sedang merinduimu
meskipun ia merasakan manisnya cinta. Aku melihatnya Setiap saat dan ketika.
Kerana takut berpisah atau mungkin kerana rindu.

Kesepian yang mendera jiwa ini. Menunggu seberkas sinar yang datang padaku. Menanti kesejukan embun membasahi diriku. Engkaukah itu?

TERNYATA KAU. Kau satu-satunya lelaki yang telah berjaya memenangi hatiku dan juga telah berjaya memilikku. Memberikan harapan… Haruskah aku percaya pada kata-kata manis dari bibirmu. Melembutkan hatiku untuk terus menyayangimu dan membiarkan hatiku memilikimu sepenuhnya.


Kenapakah tak kau biarkan rinduku berlayar didermaga hatimu yang damai..
KENAPA...? Padahal rasaku adalah rasamu jua.....

Senja itu......
Ketika jarak dan waktu menjelang untuk memisahkan kita hingga kini....

Jarak dan waktu yang menghentikan langkahku. Terbenam aku dalam memori lalu

Hari demi hari mencipta kenangan demi kenangan, ada satu yang tak pernah berubah...rinduku pada teduhnya tatapan matamu dan lembut suaramu membelai jiwaku yang sekian lama mendambakan diri pada sisipan cintamu....

Saturday, December 22, 2007

ORANG YANG PALING BERANI

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?"
Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin."
Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa saja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."
"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuhorang yang bertuhankan Allah ?"
Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam saja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."

Tuesday, December 18, 2007

KASIH SAYANG ALLAH S.W.T

Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.

Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"

"Neraka," jawab Allah.

"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan.

"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.


5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada

saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."


Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada

saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Monday, December 17, 2007

SUJUD 15 Kebaikan yang tersembunyi

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah swt dan mereka menggalakan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud ialah ia dapat melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit sengugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakkan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otot kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri dihadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Manakala dari segi sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepada dan migrain, menygarkan otal serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

MENGHORMATI AZAN

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."


Sunday, December 16, 2007

MANDUL Akibat Terdedah Asap Kenderaan

Perkataan mandul amat digeruni sesiapa shaja terutamanya kaum lelaki. Berdasarkan kajian Dr. Michele De Rosa dari Universiti Of Naples terhadap 85 orang lelaki yang bekerja dikaunter tol dan 85 orang lelaki yang tinggal berhampiran tol, mendapati kualiti sperma lelaki yang bekerja di tol adalah lebih rendah.

Ini kerana mereka lebih terdedah dengan asap kenderaan yang mengandungi karbon monoksida pada kadar yang lebih lama iaitu enam jam sehari.

Asap kenderaan ini dikatakan boleh menjejaskan tahap kesuburan lelaki dan menurunkan kualiti sperma khususnya kepada lelaki muda.

Kenyataan ini turut disokong oleh Profesor Harry Moore dari Sheffield University, United Kingdom dan direkodkan dalam Journal Human Reproduction. Dengan kenyataan ini anda dinasihatkan agar menghindari daripada terus terdedah kepada asap kenderaan secara berlebihan.

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR"

MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak-selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;

* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;

* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;

* tenang/teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya. Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibah menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang-orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS. 39:10);

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya (mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibah), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka). (QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibah atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibah itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.

Sebagai perbandingan tentang hakikat musibah itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadi kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?

Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil,tidak bertimbang rasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.

Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibah yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.

Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.

Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.

Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa 'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan' sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibah atau ujian daripada Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.

Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.

Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibah itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian. Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarab. Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.


Saturday, December 15, 2007

3 PERKARA Penyelamat & Pembinasa

Tidak sukar untuk beroleh rahmat tetapi tidak juga sukar untuk mendapat kehancuran. Semuanya bergantung pada diri sendiri dan sejauh mana kita melihat peranan kita sebagai makhluk dan hamba kepada Allah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud;
“Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai; berlaku adil pada ketika suka dan marah; berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bahkil dan kagum seseorang dengan diri sendiri.”
(Hadis riwayat Abu Syeikh)

Tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu;
1. Sentiasa menjaga tingkah laku kerana Allah Maha Melihat dan Mendengar apa juga yang dilakukan. Malah setiap amalan itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan atau ditimpa celaka dalam hidupnya.
2. Berlaku adil, maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tanpa wujud diskriminasi dan beremosi. Ini malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan.
3. Berjimat cermat ketika susah dan senang, kerana amalan ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal pada kemudian hari.

Selain itu, Rasulullah turut berpesan mengenai tiga perkara lain yang akan membinasakan manusia iaitu;
1. Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.
2. Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.
3. Kagum dengan diri sendiri, ujud dengan kelebihan diri sehingga menjadikan seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain, menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.

Ketahuilah setiap perkara yang dilarang itu ada hikmatnya. Begitu juga dengan perkara yang baik, pasti ada kemuliannya.

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."