1

1

Wednesday, June 30, 2010

1st day training netball..

Wah sumer bersemangat, maklum lah pertama kali training netball ni setelah berehat selama setahun ni... baju n suar biru tu captian hehhe....org kuat wafer fab ni
Ni puteriku yang ke2 ni..comey kan....kan....hmmm nak ikut gak

Ni lak afiq kawan sofea....hensem gigi dia

Ni puteri sulung ku...cantik orangnyer

Briefing dulu sebelum main...heheheh...diberitahu kedudukan memasing...yo la lupa dh hehe aku tahun ni jd WA/GA...


Tuesday, June 29, 2010

7 Kalimah.

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah
dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak
patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari
esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak
disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
dan
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir
hanafi,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,
walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa,karena sudah biasa


AMIN.

Monday, June 28, 2010

Jamuan Hari Jadi Bos, Sabri, K Naz kat opis

Ni kek bos sponsor ni..sedapppppp..ada kek, agar2 santan, agar2 batik, rona roni makaroni, laksa johor, roti sardin dan air teh....kenyang smpi esok

Ni pun k chipah yang bawak ni...roti goreng sardin mamia..


Antara orang terawal yang ambil laksa johor ni....baju biru tu puan manager
Heehehe...k esah n k nora x sabar tu.... antara org terawal yang ambil ...byk tu jgn berebut..huhu

Sunday, June 27, 2010

Ronggeng ngan Family..


Muka ceria sesampai di kenny rogers ioi mall, puchong.

Muka berubah setelah lama menunggu menu yang tidak sampai2...huhu..x layan dh aper yg org ckp tu...tengah bengang ni...perut dh berdangdut...tu yg muncung tu...

Ni la menu tengah hari...sedap...perut tgh lapar..licin hahaha


Baca doa makan dulu dik...huhu x kira...lapar dh ni...

Kakak jugak la slow n steady

Papa pun sama cam adik gak...baca doa dulu pa...heheh
Huh dh kenyang la tu...main2 la..xnk mkn simpan je la ibu leh mkn...


P jusco jalan2, soping2 barang anak2...pastu p main kuda...pastu p makan kenny rogers...papa nyer lak teringin nk makan kenny rogers....cam mengidam lak..huhu...kalu ibu yang mengidam tu logik gak..xper la makan la penuhi 'kemegidaman' papa tu.

Saturday, June 26, 2010

Bukit Cerakah - musim panas



haha...bawa anak2 p bukit cerakah...musim bunga skrg ni...nanti bln 12 lak nk p..time tu musim salju di danau rindu...hahahh salji daaa..
hahha...ni taman org dewasa...bukan taman kanak2 ni kot.hehehhe

Setelah kepenatan mengelilingi bukit kayangan...berehat sekejap di taman permainan berhadapan 4 musim.

Sekarang musim panas/summer.

Ibu pun sempat la jugak nk bergambar dengan kakak...syik nk bergambar dia sorang je.

Ni la 2 org putri kesayangan papa ni...semua tempat nak bergambar....

Sempat la bergambar ber2...eh teringat mula2 kawin dulu....setelah beranak pinak ni...dh x sempat nak bergambar ber2 lagi...kan papa...huhu...tapi cinta semakin mekar dlm hati kami...

Sukan MIMOS 2010

21 july - 24 july berlangsung perlawanan congkak antara cluster. Pemain wafer fab iaitu Fauzidah, zakinah, azirah, sally dan yusnita.


Juara congkak 2010 telah dimenangi oleh Wafer Fab. Awal2 lagi wafer fab dh lead...huhu harap2 byk lgi game akan myusul juara...huhu poyo


Wednesday, June 16, 2010

Bola Bola Bola

Ni baju England khas untuk kandaku...sempena world cup...i beli khas tuk ni kanda....terima lah

Monday, June 14, 2010

Kenali organ intim wanita

1. Apakah sebenarnya vagina?
~ Vagina adalah saluran pendek yang bermula dari lubang di mulut vagina hingga ke pangkal mulut rahim. Bahagian vagina yang boleh dilihat di vulva. Ia berfungsi sebagai pelindung vagina terhadap kekerasan dan juga kecederaan dari luar.

2. Dimanakah titik saraf perangsang ghairah seksual?
~ Seluruh bahagian permukaan vagina termasuk di dinding vagina memiliki saraf rangsangan seksual. Setiap wanita memiliki titik2 sensitif rangsangan yang berbeza.

3. Apakah faktor pendorong ghairah seks wanita?
~ Ghairah atau nafsu seks wanita bergantung kepada keseimbangan jumlah hormon dalam tubuh mereka serta keadaan fizikal dan psikologi.

4. Bagaimana selaput dara boleh rosak?
~ Selaput dara yang menutupi liang vagina bahagian luar (bg yang belum melakukan hubungan seks) memiliki lubang tetapi cukup kecil.

5. Kenapa vagina sakit ketika hubungan seks?
~ Di bahagian bawah vigina terdapat otot yang menjadi sebahagian otot dasar pinggul. Sekiranya keadaan mental tidak tenteram (takut, tertekan dan sebagainya) otot tersebut berkerut dan mengecil.
~ Sekiranya dalam keadaan itu, berlakunya kemasukan penis, maka vagina akan berasa sakit dan perit.

Sunday, June 13, 2010

Resepi awet CINTA

1. Lontarkan pujian kepada pasangan.

~ Selalu memuji pasangan, jangan berat mulut untuk memuji kerana dengan pujian pasangan sentiasa lebih dihargai.

2. SEKS = WAJIB

~ Tiada makna dalam hubungan suami isteri jika tiada seks. Ia adalah satu kewajipan, tanpanya terjejaslah kepuasan dalam perkahwinan.

3. Jadilah pasangan yang boleh di harap.

~ Bantulah suami atau isteri saat dia dilanda masalah atau cubalah ceriakan dirinya sewaktu kesedihan.

4. Jangan abaikan masalah kecil.

~ Sekiranya boleh sebarang masalah atau pertengkaran yang berlaku selesaikan sebelum masuk tidur. Elakkan beradu sambil memendam amarah.

5. Jagalah komunikasi.

~ Komunikasi adalah perkara paling penting dalam sesebuah perhubungan. ketika pasangan tiada disisi jgn biarkan diri kesunyian, hubungi melalui telefon atau sms agar hubungan tetap harmonis.

6. Saling mempercayai.

~ Kesetiaan dlm perhubungan harus dikekalkan. Kedua-duanya harus memegang dan menjaga kepercayaan itu bersama. Jangan sesekali terpengaruh dgn cakap2 negetif yg tiada asas tanpa bukti, supaya tidak berlaku salah faham antara pasangan.

7. Perbaiki cinta selalu.

~ Jangan berasa selesa dgn keadaan sekarang. walaupun hidup berbahagia namun tidak salah untuk memperbaiki perhubungan yang sedia terjalin. cuba untuk menambah rasa cinta dalam diri masing2. antaranya, mengajak untuk berbulan madu kali ke2, cuti bersama anak2, makan malam romantis sebagai cara mengeratkan hubungan itu.

Monday, June 7, 2010

Taman Bukit Jalil

Setiap weekend p taman bukit jalil, kasi ikan makan loti...sonok diorg b2 ni....arini ikan sumer dh kenyang, jd loti kasi kat monyet..heheh sib baik monyet tu baik2...wat nyer terjamm...naya

peace!!

Jalan-jalan Cari Makan

Pelajar biasa melihat peluang
Pelajar gagal mensia-siakan peluang
Pelajar berjaya merebut peluang
Pelajar hebat mencipta peluang

Pi main kat Giant, kinrara....papa jaga anak2....hehehe ibu lak masuk soping dlm giant....hebat kan?


Pastu kepenatan, turun makan kat foodcourt...hehehhe makan set nasi ayam..yum yum....

Kenangan Terindah

Beberapa jam selepas bersalin.......rindu la saat seperti ni...skrg ni umur kakak dh masuk 5 thn....

Lena betul tdo...Bersalin kat hospital sunway medical, PJ. Tepat jam 8.25 mlm...sofea keluar ke dunia ini.....

Aku bagaikan tidak percaya yang time ni...aku dh bergelar seorang ibu..syukur pada Ilahi menganugerahkan aku baby yang comey ni....dgn bangganya aku menamakan baby comey ni DANISHA SOFEA.....sedapkan nama ni...

Saturday, June 5, 2010

Sesi memotong rambut.

Asalnyer kakak yang potong rambut.....last2 2 org skali potong...huhu..pendek sudah rambut anak2 ku...

Ni adik lak potong rambutnyer..........sedeyyyy