1

1

Saturday, June 26, 2010

Sukan MIMOS 2010

21 july - 24 july berlangsung perlawanan congkak antara cluster. Pemain wafer fab iaitu Fauzidah, zakinah, azirah, sally dan yusnita.


Juara congkak 2010 telah dimenangi oleh Wafer Fab. Awal2 lagi wafer fab dh lead...huhu harap2 byk lgi game akan myusul juara...huhu poyo


Wednesday, June 16, 2010

Bola Bola Bola

Ni baju England khas untuk kandaku...sempena world cup...i beli khas tuk ni kanda....terima lah

Monday, June 14, 2010

Kenali organ intim wanita

1. Apakah sebenarnya vagina?
~ Vagina adalah saluran pendek yang bermula dari lubang di mulut vagina hingga ke pangkal mulut rahim. Bahagian vagina yang boleh dilihat di vulva. Ia berfungsi sebagai pelindung vagina terhadap kekerasan dan juga kecederaan dari luar.

2. Dimanakah titik saraf perangsang ghairah seksual?
~ Seluruh bahagian permukaan vagina termasuk di dinding vagina memiliki saraf rangsangan seksual. Setiap wanita memiliki titik2 sensitif rangsangan yang berbeza.

3. Apakah faktor pendorong ghairah seks wanita?
~ Ghairah atau nafsu seks wanita bergantung kepada keseimbangan jumlah hormon dalam tubuh mereka serta keadaan fizikal dan psikologi.

4. Bagaimana selaput dara boleh rosak?
~ Selaput dara yang menutupi liang vagina bahagian luar (bg yang belum melakukan hubungan seks) memiliki lubang tetapi cukup kecil.

5. Kenapa vagina sakit ketika hubungan seks?
~ Di bahagian bawah vigina terdapat otot yang menjadi sebahagian otot dasar pinggul. Sekiranya keadaan mental tidak tenteram (takut, tertekan dan sebagainya) otot tersebut berkerut dan mengecil.
~ Sekiranya dalam keadaan itu, berlakunya kemasukan penis, maka vagina akan berasa sakit dan perit.

Sunday, June 13, 2010

Resepi awet CINTA

1. Lontarkan pujian kepada pasangan.

~ Selalu memuji pasangan, jangan berat mulut untuk memuji kerana dengan pujian pasangan sentiasa lebih dihargai.

2. SEKS = WAJIB

~ Tiada makna dalam hubungan suami isteri jika tiada seks. Ia adalah satu kewajipan, tanpanya terjejaslah kepuasan dalam perkahwinan.

3. Jadilah pasangan yang boleh di harap.

~ Bantulah suami atau isteri saat dia dilanda masalah atau cubalah ceriakan dirinya sewaktu kesedihan.

4. Jangan abaikan masalah kecil.

~ Sekiranya boleh sebarang masalah atau pertengkaran yang berlaku selesaikan sebelum masuk tidur. Elakkan beradu sambil memendam amarah.

5. Jagalah komunikasi.

~ Komunikasi adalah perkara paling penting dalam sesebuah perhubungan. ketika pasangan tiada disisi jgn biarkan diri kesunyian, hubungi melalui telefon atau sms agar hubungan tetap harmonis.

6. Saling mempercayai.

~ Kesetiaan dlm perhubungan harus dikekalkan. Kedua-duanya harus memegang dan menjaga kepercayaan itu bersama. Jangan sesekali terpengaruh dgn cakap2 negetif yg tiada asas tanpa bukti, supaya tidak berlaku salah faham antara pasangan.

7. Perbaiki cinta selalu.

~ Jangan berasa selesa dgn keadaan sekarang. walaupun hidup berbahagia namun tidak salah untuk memperbaiki perhubungan yang sedia terjalin. cuba untuk menambah rasa cinta dalam diri masing2. antaranya, mengajak untuk berbulan madu kali ke2, cuti bersama anak2, makan malam romantis sebagai cara mengeratkan hubungan itu.

Monday, June 7, 2010

Taman Bukit Jalil

Setiap weekend p taman bukit jalil, kasi ikan makan loti...sonok diorg b2 ni....arini ikan sumer dh kenyang, jd loti kasi kat monyet..heheh sib baik monyet tu baik2...wat nyer terjamm...naya

peace!!