1
Wednesday, October 15, 2008
Wanita lebih suka MEMBELI BELAH berbanding SEX???
Wanita ini memikirkan tentang kegiatan membeli belah sekali setiap 60 saat, berlainan dengan lelaki yang memikirkan aktiviti seks sekali setiap 52 saat. Wah! nampaknya, kegiatan 'shopping' lebih mendapat tempat di hati wanita berbanding seks.
Sudah pasti fakta ini membuatkan golongan 'pemikir seks' atau sang lelaki bertambah risau. Bimbang pasangan sanggup mengetepikan seks bersama mereka semata-mata kerana mahu membeli belah. Jika ini benar sudah pasti ramai lelaki tidak senang hati. Bukan saja bimbang keperluan seksnya tidak dipenuhi tapi juga bimbang memikirkan poket mereka yang semakin nipis kerana hobi si isteri ini.
Wednesday, October 8, 2008
A Good Nite's Sleep
14 Steps 2 Bedtime Bliss
**Have a bath before bed. The warm water will raise your body temperature, making u naturally sleepy**
1. Try 2 go 2 bed n get ut at da same time - or within an hour of your usual time.
2. Avoid indulging in daytime naps as they may interfere with your nite-time sleep.
3. Caffeine is a stimulant that is found in coffe n chocolate. Avoid both for several hours before bedtime. experiment 2 c what suits u n your body: some people find caffeine consumed anytime after 10 am is enough 2 prevent them from sleeping.
4. Alcohol n tobacco can also disrupt sleep, so avoid the for3 hours before bedtime. Again, u may need 2 abstain for longer.
5. Try 2 eat at least 3 hours before bedtime so the process of digesting food doesn't keep u awake. If this routine isn't convenient, consider eating your main meal at lunch, n a lighter meal in da evening.
6. If u r a light sleeper, go 2 bed only when u r really tired. U may find that spending less time in bed produces a deeper, more restful sleep.
7. Regular exercise should guarantee a goog nite's sleep, but try 2 complete your workout at least 2 hours before going 2 bed.
8. Establish a calming bedtime ritual, such as meditation or a soak in a warm bath. Add a few drops of relaxing lavender essential oil.
9. Ensure your bedromm is comfortable, dark n free of clutter.
10. If your bedroom is noisy, buy a 'white noise' machine 2 block out external noise, or play New Age music very sofly.
11. Watch your fluid intake at nite. If u do go to da toilet after bedtime, don;t turn da lights on. They can signal 'daylight' 2 da pineal gland, halting melatonin production n making it impossible 2 go back 2 sleep.
12. if u r on any medication, check 2 c whether there r side effects that include insomnia. If there r, ask your doctor about different drugs or consider natural alternatives.
13. Use your bedroom only for sleeping. Set aside another time n place for planning, thinking n worrying so u r less likely 2 toss n turn at nite.
14. Sex does not always act like a sleeping draught. U may find it so stimulating that u stay awake for hours.
Sunday, September 7, 2008
keluhan seorang SUAMI:
Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.
Keluhan seorang ISTERI:
Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain........
Wanita... kerana dirimu begitu berharga!
Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.
Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.
Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.
Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal "sepuluh inci".
Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.
Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah "buatan" yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.
Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.
Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.
Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.
Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.
Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.
Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang handsome; hingga kita berkata dalam hati, ˜Buta ke dia?
Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!
Monday, April 7, 2008
Perjalanan
Seperti suatu pengembaraan
Tidak diketahui di mana
Destinasi untuk bernoktah
Setiap langkah yang dilangkah
Bukan bererti jauhnya perjalanan
Tetapi sebenarnya
Kita semakin menghampiri
Detik-detik di penghujung usia
Alangkah bahagianya
Di perjalanan ini
Kiranya punya cukup bekalan
Tetapi usahlah bermimpi
Hendak menuai padi
Kiranya benih lalang yang disemai
Detik dan waktu sentiasa berlari
menerjah usia yang semakin tua
Dengan rela dalam paksa
Perjalanan kita akan berakhir jua
Di sebuah pelabuhan yang kekal dan
Abadi....
Monday, March 3, 2008
Seribu Tahun..
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia
Rela ku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia
Chorus
Ada kah engkau yakin ini cinta
Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia
Monday, February 4, 2008
Kuasa Ibu, Lelaki Dan Isteri..
Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya.
Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?
Kalau anak - anak2 cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya.Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul.Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.
Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Seorang sebab dia TANPA SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.
Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU, kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.
Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik.InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.
Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahir kan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukan mempunyai bahkan mesti menggunakan dengan sebaiknya.
7 Langkah 'Cakaran harimau' dan 'Labah-Labah'.
Langkah kedua pula, kata beliau, ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.
Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,'' jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Nor Bahyah yang semakin popular dalam program agama di televisyen menambah, langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.
Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.
Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,'' katanya.
Beliau yang mendapat pendidikan di Maktab Mahmood di Alor Setar, Kedah dan seterusnya melanjutkan pengajian agama di Universiti Al Azhar, Mesir, berkata, apa yang menarik tip itu bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri tetapi juga oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing.
Menurutnya lagi, kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan ter****t sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja.
Beliau turut mengingatkan ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi.
Kata Nor Bahyah, minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri.
Nor Bahyah berkata, beliau rasa terpanggil untuk menyampaikan petua ini sebab ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran Allah ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik'.
Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a'syir,' (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan. Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan,'' ujarnya.
Tambah Nor Bahyah, cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri.
Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri sebaliknya oleh suami sebagai menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku syurgaku,' kerana masing-masing mendapat layanan terbaik,'' katanya.
Kata Nor Bahyah, Nabi Muhammad ada bersabda `mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa di suruh, maka isteri itu akan mendapat pahala tujuh ketul emas di syurga.
Manakala mana-mana isteri yang mengurut setelah disuruh oleh suaminya terlebih dahulu maka isteri tersebut akan mendapat pahala tujuh ketul perak di akhirat kelak,'' tambahnya.
Sunday, January 6, 2008
MANDI WAJIB express
1. Tentu anda rasa pelik bila saya menulis tajuk ini. Mungkin ada yang rasa, penulis ini ada gila-gila bahasa, atau nak menarik perhatian orang, atau saja saja buang masa, atau apa apa lah.
2. Kalau anda mengambil masa dalam 10 minit untuk mandi wajib, maka anda perlu berhenti disini dan tidak perlu membaca dgn lebih lanjut. Tetapi kalau anda mandi wajib dan mengambil masa melebihi 20 minit, maka anda digalakan membaca seterusnya. Jika anda hidup 10-20 tahun lagi, anda akan dapat menjimatkan antara 200-400 jam, jika anda mengikut cara mandi wajib yg berstruktur dibawah nanti.
3. Menjadi kewajipan semua umat Islam yg baligh untuk mengetahui bagaimana mahu menunaikan mandi wajib. Saya diberitahu oleh anak saya bahawa untuk subject PAFA darjah 6, telah ada cara mandi wajib yg berstruktur diajarkan. Tetapi kalau ingatan saya betul, pada zaman saya bab mandi wajib ini tidak diajarkan cara yg berstruktur. Yang diajarkan ialah niat kemudian meratakan air seluruh badan.
4. Oleh kerana cara kita mandi wajib yg mengambil masa terlalu lama, ada diantara kita merasakan mandi wajib adalah satu beban. Mungkin ada yg berkata ”malas betullah nak mandi wajib” bila mengenangkan cerewetnya dan lamanya nak mandi wajib.
5. Tulisan ini saya tujukan kepada lelaki dan perempuan yg mengambil masa melebihi 20 minit untuk menunaikan kewajipan mandi wajib. Kalau perempuan paling tidak sekali sebulan anda akan mandi wajib. Lelaki dan perempuan yang telah berkawin, paling tidak 2 atau 3 kali seminggu mandi wajib.
6. Jika anda dapat menjimatkan 10 minit dengan mandi wajib dari 20 minit menjadi 10minit, anda akan dapat jimat 200 hingga 400 jam utk masa 10-20 tahun. 200 jam adalah sama dengan 20 hari kerja dan 400 jam adalah sama dengan 40 hari kerja. Bayangkan anda dapat bercuti 20 hari terus menerus...uhhh indahnya... Sembahyang subuh anda juga akan dapat dilakukan dengan segera.
7. (Izinkan saya menambah rempah sedikit.) Jika anda lelaki dan kalau kurang mandi wajib dari jumlah 2-3 kali seminggu itu, wellll anda kena check libido anda. Kemungkinan anda merokok banyak sangat, terlalu gemuk, stress hidup atau stress kerja keterlaluan, atau perjalanan darah anda sudah kurang baik atau ada perkara perkara katil yg telah menjadi terlalu routine. Kalau anda lelaki dan tidak faham ini “ sex is like a heating a pizza, you must preheat the oven 20-30minutes, before putting a pizza in the oven”, kemungkinan anda telah menzalimi pasangan anda. Kalau anda perempuan dan pasangan anda jenis ‘cecah cecah terus celup’, then anda perlu berbincang segera sebelum timbul perasaan anda seolah tidak dihargai dan seolah rasa tidak dibelai mesra. Buat segera sebelum rumahtangga anda terasa kering ‘dry’.
8. Berbalik dgn cara mandi wajib express itu tadi, ianya menjadi express jika anda mengikut cara yg Rasullullah tunjukan. Tetapi anda perlu memahami bahawa anda hanya perlu sapu air pada anggota badan anda dan bukannya perlu ’gosok’ pada setiap anggota badan anda. Isu kurang yakin ialah isu ilmu. Jika air telah lalu dan anda sapu tangan anda di anggota itu, atau anda ambil air dan sapu dianggota itu, maka anda telah pun menunaikan kewajipan membasuh anggota tersebut. Bila anda gosok dan kurang yakin, itulah yg akan mengambil masa melebihi 20 minit.
9. Begini cara Rasulullah buat dgn cara berstruktur:-
- Mula dgn mencuci kedua tangan tiga kali
- Kemudian basuh kemaluan depan dan belakang
- Ambil wudhu dgn sempurna seperti wudhu biasa (termasuk berkumur dan masuk air dlm hidung) . Anda boleh tangguh basuh kedua kaki sampai selesai mandi.
- Siram air 3 kali keatas kepala sambil berniat mandi wajib. Gosok rambut untuk memastikan air sampai ke kulit kepala.
- Siram air keseluruh badan dengan memulakan sebelah kanan kemudian kiri. Sapu bahagian dalam dua telinga, hidung, pusat, turun ke kanan peha, betis, tumit kaki, celah jari kaki, kemudian kiri peha, betis, tumit kaki, celah jari kaki.
- Tutup mandi wajib anda membasuh kedua kaki ie menyempurnakan wudhu tadi.
- Sempurna lah mandi wajib express anda.
10. Anda perlu practice dan target. Pada peringkat awal, cuba kurangkan masa dari 20 menjadi 15. Kemudian dari 15 menjadi 10. Bukankah setiap minit itu berharga.
Rujukan Fikih Sunnah:
Hadis dari Aisyah r.a ”Bahwa Nabi saw bila mandi disebabkan janabat, mulai dengan mencuci kedua tangan, lalu menuangkan air dgn kanan ketangan kirinya dan mencuci kemaluannya, kemudian berwudhu seperti halnya ketika hendak shalat, lalu diambil air dan dimasukkan jari jari kedalam urat rambut hingga dirasanya air telah membasahi kulit, disauknya dua telapak tangan lagi dan disapukannya ke kepalanya sebanyak tiga kali kemudian dituangkan keseluruh tubuhnya ” (Bukhari & Muslim).
Anda mendapat dua perkara, satu menunaikan kewajipan, kedua mengikut Sunnah.
Selamat Mencuba. Semoga anda berjaya menjimatkan 20 jam untuk 2008.
Sebar sebarkan lahh..insyallah..
EFFECTS OF COLD WATER
For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line.
You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive.
A cardiologist says if everyone who reads this message sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life. Read this & Send the link to a friend. It could save a life. So, please be a true friend and send this article to all your friends you care about.
Aurat Muslimah : Satu Penindasan Atau Pembebasan
ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan
hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang
nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)." ( An Nur : 1)
Begitulah
permulaan ayat pertama bagi surah An Nur, yang mana terkandung dalamnya
beberapa hukum dan perintah Allah s.w.t. ke atas manusia yang wajib
dilaksanakan, sebagaimana yang di nyatakan didalam terjemahan ayat
tersebut diatas.
Di
dalam surah ini juga terdapat dua ayat yang menyentuh mengenai perintah
memelihara pandangan dan aurat bagi lelaki dan wanita yang beriman.
Bermula dengan ayat ke 30 iaitu ayat pertama dalam dua ayat yang
menyentuh mengenai aurat ini, Allah s.w.t. menekankan terlebih dahulu
batasan pandangan dan aurat bagi lelaki yang beriman supaya dipelihara,
sekaligus menunjukkan hukum pemeliharaan pandangan dan aurat
dititikberatkan terlebih dahulu keatas lelaki.
Katakanlah
(wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan. (An Nur : 30)
Setiap
apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. adalah dipenuhi dengan hikmah
dan kebaikan bagi mereka yang memerhatikan dengan akal dan iman. Setiap
lelaki yang menundukkan pandangan, dengan izin Allah akan memelihara
diriya dari bisikan syaitan, nafsu serta dorongan ke arah perkara yang
memudaratkan iman dan kemanusiaannya. Boleh dikatakan bahawa majoriti
wanita yang berhias adalah untuk mendapatkan perhatian dari golongan
adam dan ini kerana perasaan sedemikian itu merupakan satu fitrah dalam
diri mereka yang telah Allah tetapkan dalam diri mereka.
Fitrah
bagi lelaki pula suka memandang sesuatu yang menyedapkan pandangan
serta cantik tetapi seringkali mereka terlupa bahawa secantik-cantik
perhiasan dunia ialah isteri yang solehah. Dengan menundukkan
pandangan, maka berkuranglah wanita yang memilih untuk tidak menutup
aurat. Ini boleh diibaratkan dengan contoh seorang pemilik panggung
wayang yang tiada pelanggan yang datang untuk menonton filem yang
dinobatkan 'hebat' dipanggungnya, sehebat mana pun filem yang dimainkan
, jika tiada yang datang menonton, lambat laun akan tutup juga premis
panggung tersebut.
Begitulah
dengan apa yang berlaku ke atas fitrah manusia, psikologi yang
disebutkan Allah s.w.t. di dalam ayat 30 ini menunjukkan bahawa setiap
permulaan kepada kebaikan dan pematuhan kepada perintah Allah s.w.t.
itu sepatutnya bermula dengan lelaki.
Mengapa
mesti lelaki? Persoalan mudah ini boleh dijawab dengan bermulanya
tanggungjawab seorang lelaki sebagai ketua keluarga, wali bagi
saudara-saudara perempuannya serta saudara kepada muslimin dan muslimat
seluruhnya. Jika tanggungjawab ini dijalankan dengan betul dan amanah,
maka tidaklah menjadi sesuatu yang pelik sekiranya generasi yang
dilahirkan dari dan selepas itu merupakan satu generasi yang beriman,
berakhlak serta maju dalam dalam setiap bidang
yang diceburi. Dari generasi inilah bakal lahir golongan pemuda-pemuda
Islam yang menghormati serta memandang samarata ke atas kaum wanita dan
tidak menganggap golongan wanita hanya sebagai objek yang boleh
diperdagangkan, dipermainkan, alat pemuas nafsu dan dilayan sebagai
kelas dua. Pemudi-pemudi Islam dari generasi ini akan sama-sama menjadi
tonggak serta tulang belakang kepada kekuatan ummah. Allah s.w.t.
meletakkan persamaan hak diantara lelaki dan wanita tetapi hak dan
tanggungjawab setiap dari yang tersebut tadi adalah tidak sama ke atas
keduanya.
Di
dalam artikel ini, penulis ingin menekankan kepada pemahaman ayat
sambungan dari ayat 30 surah An Nur seperti yang tersebut tadi.
Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
dada mereka dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki
yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An Nur : 31)
Ayat
31 surah An Nur di atas menjelaskan perintah supaya menjaga pandangan
bagi mereka-mereka yang beriman dan batasan aurat bagi muslimah yang
beriman. Perintah Allah inilah yang selama ini menjadi bahan gurauan
dan sendaan masyarakat barat dalam liberasi feminisme mereka terhadap
Islam. Lebih malang lagi, kini budaya sendaan ini menular dan berakar
umbi pula dalam generasi muslimah liberal yang mengadaptasikan cernaan
dangkal akal fikiran liberasi feminisme barat dan semakin terbawa-bawa
dakyah ini dalam kehidupan seharian mereka.
Persoalannya,
benarkah batasan aurat bagi muslimah Islam yang beriman itu satu bentuk
penindasan ke atas kaum wanita dalam Islam? Perkara ini hanya kelihatan
benar dalam pemikiran cetek yang tidak pernah cuba kenal atau memahami
perintah Allah s.w.t. secara keseluruhannya. Retorik dan tembelang
mereka dalam menyatakan bahawa mereka beriman dan setiap hari membaca
terjemahan Al Quran sebagai panduan nyata terbongkar apabila
membicarakan mengenai perintah Allah dalam pemeliharaan aurat ini.
Masing-masing melenting membela pendapat akal mereka yang diracuni
gerakan membuta tuli liberasi feminisme barat.
Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf dan diredhai Allah sebagaimana yang tersebut didalam surah Al Maidah ayat 23 :
…….Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada
memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan
Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada
mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari
ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama
untuk kamu.…. (Al Ma'idah : 3)
Islam
juga merupakan sebuah agama bagi orang-orang yang bijak dan berakal
sempurna. Seorang doktor atau saintis yang pandai dalam bidangnya tidak
boleh dikatakan cerdik atau bijak jika menganggap sesuatu yang diukir
oleh tangan manusia sendiri, bulan, bintang, binatang, pokok dan
sebagainya sebagai tuhan mereka yang memberikan mereka rezeki dan dapat
memudaratkan mereka. Maka perkara seupama ini yang menghina daya akal,
kekuatan dan kebijaksanaan akal fikiran manusia tidak terdapat dalam
Islam.
Bagi
mereka yang boleh berfikir dengan waras, tentulah mereka menyedari
bahawa semua objek tersebut tidak dapat memberikan mereka manfaat atau
pun kemudaratan biar pun sebesar zarah. Maka Islam menunjukkan jalan
yang benar dalam mengenali Siapa Pencipta seluruh alam yang sepatutnya
disembah.
Sebagai
agama yang diredhai Allah s.w.t., setiap apa yang datang bersama agama
tersebut akan dapat membantu menyelesaikan semua persoalan dan
permasalahan yang telah, sedang atau bakal dihadapi oleh manusia
sebagai khalifah di muka bumi ini sehingga kiamat.
Maka
dalam setiap perintah dan hukum yang terdapat di dalam Al Qur'an, ada
penjelasan baik dari segi pemahaman tersurat atau tersirat bagi setiap
faedah pelaksanaannya.
Bagi
yang hanya dapat melihat atau memahami perintah pematuhan kepada hukum
memelihara aurat ini dari segi pemahaman literasi, ayat 31 surah An-
nur ini telah dengan jelas menyatakan bahawa salah satu dari faedah
dari pelaksanaannya ialah mereka-mereka iaitu muslimin dan muslimat
yang beriman kepada perintah Allah ini akan memperolehi kejayaan. Satu
lagi sebab yang dinyatakan dalam Al-Qur’an mengenai kelebihan menutup
aurat ini ialah ianya dapat membezakan antara wanita-wanita yang
beriman dan menjaga kehormatan serta memelihara muslimah tersebut dari
ganguan sepertimana yang dinyatakan dalam surah Al-Ahzab ayat 59.
Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al Ahzab :59)
Jika
tidak difahami dengan betul surah An Nur ayat 31, maka pernyataan
kejayaan yang bakal dicapai oleh golongan ini akan segera menjadi klise
dan dikaitkan dengan balasan pahala dan mendapat tempat di dalam syurga
di akhirat dan terselamat dari seksaan dalam neraka kelak selepas mati.
Sebenarnya tidak hanya demikian! Kejayaan yang dinyatakan oleh Allah
s.w.t. tersebut bermula dari sisi kehidupan dunia lagi dan ayat ini
merupakan satu dalil bagi gerakan pembebasan muslimah dari kongkongan
karut marut yang meletakkan mereka sebagai warga kelas dua yang tidak
layak untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan
lelaki dalam semua bidang yang mampu diceburi.
Bermula
dengan perintah Allah s.w.t. membataskan aurat muslimah hanya kepada
sesama muslimah, telah pun membuka satu lembaran dalam pembebasan dari
kongkongan mendapatkan pendidikan supaya fardu kifayah dapat dipenuhi.
Bayangkan
jika para muslimah dikekang dan dihalang dari mendapat pendidikan dan
hak untuk memajukan diri dalam karier, maka dengan secara automatiknya
kaum muslimah dan kaum muslimin rigid atau jumud itu
sendiri akan mengalami masalah bila berhadapan dengan masalah kesihatan
dan terpaksa mendapatkan khidmat dari doktor dari jantina berlawanan.
Maka ini dengan sendiri akan menimbulkan rasa kurang selesa bagi
mukminat yang cuba menjaga batasan aurat seperti yang diperintahkan
Allah s.w.t..
Satu
contoh lagi, bagaimana pula dengan khidmat kaunselor professional?
Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap sesi kaunseling bagi
individu yang mempunyai masalah akan dibuat secara sendirian dengan
kauselor professional terlibat. Bukankah perkara seumpama ini akan
menimbulkan masalah bagi mukminat yang memahami hukum-hukum batasan
aurat dan pergaulan dalam hidup sehari-hari. Disinilah timbulnya kepada
keperluan bagi umat Islam mempunyai Doktor, Kaunselor Professional,
Pensyarah, Guru, Jurutera dan
professional-professional muslimah yang lain bagi memenuhi dan membantu
muslimah lain dalam melaksanakan perintah Allah s.w..t.
Tentunya
semua ini bermula dengan mendapat pendidikan awal sehingga tinggi yang
tidak dikekang oleh golongan jumud yang terperangkap dalam dunia mereka
sendiri. Islam datang membawa keluar golongan wanita dari segala
kongkongan lelaki seterusnya meletakkan wanita di atas jalan serta
hak-hak mereka sendiri tanpa merendahkan martabat mereka.
Maka
1400 tahun dahulu, wanita-wanita Islam telah lama dapat menikmati semua
hak-hak kesamaan biarpun wanita-wanita lain diseluruh dunia masih
ditindas pemerintah dan dibelengu hukum-hukum agama yang dianuti
masing-masing. Hanya sekitar abad ke 20 barulah wanita-wanita di barat
tersedar akan sekatan-sekatan hak yang mereka alami, iaitu setelah
muslimah-muslimah diberikan kemuliaan dan hak-hak 1300 tahun lamanya
oleh Allah s.w.t., maka gerakan pembebasan feminisme mula bergerak di
barat bertunjangkan perjuangan dengan meletakkan kaum adam sebagai
penanda aras kejayaan. Semua ini adalah kerana mereka-mereka ini
mengenepikan Tuhan dalam asas perjuangan mereka. Tanpa mereka sedari,
kedudukan mulia serta semua keistimewaan yang Allah s.w.t. letakkan
serta berikan kepada mereka, diketepikan mereka dan mereka-mereka ini
sendiri merendahkan martabat mereka dengan meletakkan golongan Adam
sebagai penanda aras kejayaan mendapatkan hak-hak asasi mereka.
Kejayaan
dalam liberasi feminisme barat yang diperjuangkan sekadar hanya berjaya
melacurkan kembali maruah wanita sebagai objek seks semata-mata serta
meletakkan kembali wanita di bawah penindasan kaum adam. Perhatikan
saja dalam klip-klip video artis-artis barat, di mana untuk mendapatkan
kontrak rakaman serta untuk menjual album, maka perkara pertama yang
harus dilakukan ialah menanggalkan pakaian mereka untuk diperagakan
tubuh mereka dalam klip-klip video tersebut. Diskriminasi seperti ini
tidak pula berlaku ke atas artis lelaki. Maka bagaikan kupu-kupu malam
yang mencari pelanggan, mereka ini, menjatuhkan maruah mereka sendiri
dalam perjuangan tanpa arah ini. Begitu juga jika diperhatikan
mana-mana saja iklan dalam mana-mana media sekalipun, biarpun apa
sahaja objek yang hendak dijual, tidak kira mesin cetak, motosikal,
kereta atau apa sahaja, maka akan kelihatan seorang wanita dengan
pakaian menjolok mata yang menghina maruah wanita itu sendiri
disertakan. Apakah ini yang diperjuangkan sebagai hak wanita? Bukankah
ini tidak lebih dari eksploitasi yang bertopengkan hak-hak asasi dan
seni?
Tetapi
ini tidak berlaku kepada kaum muslimah kerana kejayaan didunia dan
akhirat bagi mereka, diukur melalui usaha mereka dan ketaatan mereka
kepada perintah-perintah Allah s.w.t.. Tiada lelaki diletakkan langsung
sebagi penanda aras kejayaan bagi muslimah. Mengapa mesti menghinakan
diri sendiri setelah banyak kemuliaan Allah berikan kepada kaum hawa?
Perhatikanlah,
setiap anak adam pasti membawa satu parut kekal pada tubuh mereka yang
menyatakan dengan jelas bahawa mereka kedunia ini adalah melalui rahim
seorang wanita yang bergelar ibu. Setiap lelaki dan wanita mempunyai
pusat sebagai peringatan tentang betapa bergantungnya hidup setiap
insan terhadap ibu, iaitu wanita yang mengandungkan, melahirkan,
menyusukan seterusnya memelihara dan menjaga kita sehingga kita dapat
berdikari sendiri.
Betapa
Allah itu Tuhan Yang Maha Adil, diperingatkanNya tentang jasa seorang
ibu dengan parut kekal ini supaya setiap individu itu tidak terlupa
bahawa wanita merupakan tonggak kekuatan ummah.
Wanita di serata dunia telah dinafikan hak lama sebelum kedatangan Islam. Tamadun
Babylon misalnya, wanita dinafikan segala hak dan direndahkan
martabatnya di bawah undang-undang Babylon. Jika terdapat seorang
lelaki membunuh seorang wanita, lelaki yang membunuh perempuan tersebut
tidak dihukum sebaliknya isterinya pula yang akan dijatuhkan hukuman
bunuh.
Satu
contoh lagi Tamadun greek, tamadun yang dinobatkan sebagai sebuah
tamadun yang paling gemilang di antara tamadun-tamadun silam. Di bawah
ketamadunan yang ‘gemilang’ ini, wanita-wanita mereka dinafikan segala
hak dan dipandang rendah. Dalam mitologi Greek, seorang ‘perempuan
jelmaan’ bernama ‘Pandora’ dikatakan sebagai punca bagi semua
kecelakaan dan musibah yang dihadapi manusia. Golongan Arab jahiliah
lebih kejam dalam memberi layanan kepada golongan wanita. Mereka ini
dianggap sebagai pencemar maruah keluarga serta satu beban dan
kebanyakan dari kanak-kanak perempuan di kalangan Arab jahiliah ini
ditanam hidup-hidup oleh ibu bapa mereka.
Kedatangan
Islam, menghapuskan segala amalan karut marut dan penindasan ke atas
wanita di seluruh dunia. Kitab Bible sendiri menyatakan bahawa adalah
sesuatu yang tidak sopan bagi wanita-wanita untuk bersuara dalam majlis
ilmu di gereja-gereja, jika terdapat apa-apa persoalan mengenai apa
yang dipelajari, mereka tidak dibenarkan langsung dari bertanyakan hal
tersebut secara langsung dan dinasihatkan pula untuk mendapatkan
penjelasan dari suami-suami mereka di rumah. Maka, hal sebegini
tentulah menjadi satu masalah bagi wanita-wanita yang ingin menuntut
ilmu dan tidak mempunyai suami. Arahan tersebut terdapat dalam kitab
perjanjian baru 1 Corinthians Bab 14 ayat 34 dan 35.
1 Corinthians : 14
14:34 Let your women keep silence in the churches: for it is not permitted unto them to speak; but they are commanded to be under obedience as also saith the law.
14:35 And if they will learn any thing, let them ask their husbands at home: for it is a shame for women to speak in the church
Terjemahannya,
14:34
Perempuan-perempuan harus berdiam diri dalam gereja-gereja. Sebab
mereka tidak diperbolehkan untuk berbicara. Mereka harus menundukkan
diri, seperti yang dikatakan juga oleh hukum.
14:35 Jika mereka
ingin mengetahui sesuatu, baiklah mereka menanyakannya kepada suaminya
di rumah. Sebab tidak sopan bagi perempuan untuk berbicara dalam
pertemuan Jemaat.
Begitu
juga dengan ayat dalam Kitab Perjanjian Baru, 1 Timothy bab 2 ayat 11
dan 12 yang membawa pengertian kepada arahan tunduknya wanita di bawah
kuasa lelaki dan halangan bagi mereka untuk bersuara.
1 Timothy : 2
{2:11}
Let the woman learn in silence with all subjection. {2:12} But I suffer
not a woman to teach, nor to usurp authority over the man, but to be in
silence.
Terjemahannya,
2:11 Seharusnyalah perempuan berdiam diri dan menerima ajaran dengan patuh.
2:12 Aku tidak mengizinkan perempuan mengajar dan juga tidak mengizinkannya memerintah laki-laki; hendaklah ia berdiam diri.
Pada
ketika wanita di gereja-gereja dan synagogue-synagogue dikekang hak-hak
mereka untuk bersuara dalam majlis-majlis ilmu, ummul mukminin
Saiditina Aisha r.a. menjadi tempat rujukan hukum-hukum agama dan
menjadi antara periwayat hadis terbanyak dalam sejarah Islam.
Rasulullah s.a.w. sendiri memperuntukkan satu hari khas dalam seminggu
bagi memberi peluang kepada muslimah-muslimah merebut peluang mendalami
ilmu daripadanya. Ini dilakukan setelah muslimah-muslimah ini mengadu
kepada baginda bahawa agak sukar bagi mereka untuk belajar disebabkan
hari-hari pengajaran yang lain telah dipenuhi oleh para sahabat lelaki
Rasulullah s.a.w. yang lain. Ini diriwayatkan dalam Sahih Bukhari :
Dari
Abu Sa’id Al Khudri r.a. katanya, “Beberapa orang wanita memajukan
permohonan kepada Nabi : “Kami tidak memperolehi waktu untuk belajar
dari Anda kerana semua waktu telah diisi oleh lelaki. Oleh kerana itu
sediakanlah barang sehari untuk kami agar kami pula dapat belajar.”
Maka
Nabi menjanjikan kepada mereka suatu hari khusus untuk pengajian
wanita, di mana Nabi mengajar dan menyampaikan perintah-perintah
Allah......”
Pelajaran
bagi wanita dalam Islam tidak hanya terhad kepada golongan muslimah
yang merdeka malahan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya tuan-tuan
kepada hamba-hamba wanita yang dimiliki supaya mengajarkan kepada
hamba-hamba wanitanya itu ilmu pengetahuan kemudian memerdekakan mereka
dan memuliakan mereka dengan perkahwinan. Perkara ini dinyatakan ada
diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Sahih Bukharinya :
Dari
Abu Burdah r.a. dari bapanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ada
tiga jenis orang yang mendapat dua pahala sekaligus. Iaitu :
Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) yang percaya kepada Nabinya dan percaya pula kepada Muhammad s.a.w..Hamba sahaya, apabila dibayarkan kewajipannya kepada Allah dan kewajipan kepada majikannya, danlelaki
yang mempunyai hamba sahaya perempuan, diajarkannya berkesopanan dan
disempurnakan pengajaran kesopanan itu; diajarkannya ilmu pengetahuan
dan disempurnakan pelajaran itu dan dikahwininya.
Maka ketiga jenis orang itu mendapat dua pahala.”
Tetapi
ini tidak berlaku kepada kaum muslimah kerana kejayaan didunia dan
akhirat bagi mereka, diukur melalui usaha mereka dan ketaatan mereka
kepada perintah-perintah Allah s.w.t.. Tiada lelaki diletakkan langsung
sebagi penanda aras kejayaan bagi muslimah.. Mengapa mesti menghinakan
diri sendiri setelah banyak kemuliaan Allah berikan kepada kaum hawa?
Perhatikanlah,
setiap anak adam pasti membawa satu parut kekal pada tubuh mereka yang
menyatakan dengan jelas bahawa mereka kedunia ini adalah melalui rahim
seorang wanita yang bergelar ibu. Setiap lelaki dan wanita mempunyai
pusat sebagai peringatan tentang betapa bergantungnya hidup setiap
insan terhadap ibu, iaitu wanita yang mengandungkan, melahirkan,
menyusukan seterusnya memelihara dan menjaga kita sehingga kita dapat
berdikari sendiri.
Betapa
Allah itu Tuhan Yang Maha Adil, diperingatkanNya tentang jasa seorang
ibu dengan parut kekal ini supaya setiap individu itu tidak terlupa
bahawa sebahagian dari setiap insan yang wujud di muka bumi ini lahir
dari pengorbanan sesorang wanita yang bergelar ibu. Wanita merupakan
tonggak kekuatan ummah dan janganlah menghinakan serta mencemar maruah
wanita kembali dengan segala perjuangan liberasi kosong berkiblatkan
barat yang akhirnya mencampakkan wanita lebih 1400 tahun kebelakang.
Contoh taqwa yang ditunjukkan oleh Umar r.a.
"Umar r.a.hu kerap memegang sehelai jerami sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini." Kadang-kala dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh ibuku!"
Pada suatu ketika Umar sedang sibuk dengan urusan yang penting. Tiba-tiba datang satu hamba Allah dengan satu pengaduan yang berkehendakkan pembetulan. Oleh Umar dicemetinya orang itu dibahagian bahunya. Umar berkata: "Bila aku duduk hendak menerima pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk dengan urusan penting engkau datang menggangui aku."
Tanpa berkata apa-apa orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus kemudian ia dibawa kehadapan Umar sekali lagi. Sambil mengunjukkan cemeti tadi padanya Umar berkata: "Pukullah aku sebagai membalas perbuatan tadi." "Kata orang itu: "Saya mengampuni awak kerana Allah s.w.t."
Kekesalan Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali kerumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Dia mengkritik dirinya sendiri seperti berikut: "Wahai Umar, dahulu kedudukanmu rendah tetapi kini telah ditinggikan oleh Allah s.w.t.. Dahulu kamu sesat tetapi kini telah dipimpin oleh Allah s.w.t. dan Dia telah memberi kamu kuasa keatas hamba-hambaNya. Apabila salah seorang daripada mereka datang untuk mendapat keadilan ia dipukul dan disakiti. Apakah alasan yang hendak kamu berikan dihadapan Allah s.w.t.?"
Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan sekali malah beberapa kali. Pada suatu malam Umar sedang meronda disuatu tempat dipersekitaran
Setibanya mereka ditempat perkhemahan itu, yang kelihatan hanyalah seorang perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu tadi sedang menjerang secerek air, sambil memberi salam dia meminta izin untuk mendekatinya.
Umar: "Mengapa kanak-kanak ini menangis"
Perempuan: Kerana mereka lapar"
Umar: "Apa yang ada didalam cerek itu?"
Perempuan: "Hanya air untuk memperdayakan mereka supaya mereka tidur dengan sangkaan yang makanan sedang disediakan untuk mereka. Ah, Allah s.w.t. akan mengadili pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana membiarkan aku didalam keadaan begini."
Umar:(Menangis)"Semoga Allah s.w.t. mengampuni kamu tetapi bagaimanakah Umar hendak mengetahui tentang penderitaan kamu!"
Perempuan:"Orang yang menjadi Amir patut tahu akan keadaan setiap rakyatnya."
Umar balik kekota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah karung dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia mengeluarkan juga sedikit wang. Apabila karung tadi telah penuh Umar pun berkata kepada Aslam: "Letakkan karung ini keatas belakangku Aslam"
Aslam: "Tidak, tidak, ya Amirul Mu'minin! Biar saya yang memikulnya"
Umar: "Apa! Adakah engkau yang akan memikuli dosaku dihari kiamat kelak? Aku terpaksa memikulinya kerana akulah yang akan dipersoalkan nanti mengenai perempuan ini"
Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan karung itu diatas belakang Umar. Dengan diikuti oleh Aslam dia telah berjalan dengan pantas menuju khemah perempuan itu. Dia memasukkan sedikit tepung, buah tamar dan minyak kedalam cerek tadi lalu mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api. Kata Aslam: "Saya melihat asap mengenai janggutnya"
Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar sendiri menghidangkan kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut kanak-kanak itu, mereka pun bermainlah dengan gembiranya. Melihat keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun berkata:"Semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran kepada kamu kerana kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak memegang jawatan khalifah daripada Umar." Umar melipurkan hati perempuan itu lalu berkata: " Apabila kamu datang berjumpa dengan khalifah, kamu akan menjumpai aku disana."
Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Umar pun beredar dari situ. Dalam perjalanan pulang Umar telah bertanya kepada Aslam:"Kamu tahu tak mengapa aku duduk disitu beberapa ketika?"Aku ingin melihat mereka bermain-main dan gelak ketawa kerana kesukaan setelah melihat mereka menangis kelaparan."
Mengikut riwayat ketika mengerjakan solat fajar Umar sering membaca SURAH "KAHF, TAHA" dan lain-lain surah yang hampir-hampir sama dengan surah-surah itu. Waktu inilah dia kerap menangis sehingga tangisannya jelas kedengaran beberpa saf kebelakang. Pada suatu subuh ketika membaca ayat SURAH "YUSUF" yang bermaksud:
"Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah".
(SURAH YUSUF-86)
Dia telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat meneruskan pembacaannya.
Wahai kaum muslimin, kisah-kisah Umar yang baru saja diceritakan sepatutnya dijadikan bahan rujukan oleh kita bersama. Umar diketahui umum merupakan kesatriaan Islam yang terkenal kerana gagah beraninya. Namanya saja sudah dapat mengecutkan perut pemusuh-pemusuh Islam. Namun demikian dihadapan Allah s.w.t. dia menangis ketakutan. Dimanakah seorang Raja atau Pemimpin negara yang bersedia menunjukkan belas rahimnya kepada seorang hamba rakyatnya yang hina seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Umar? Demikianlah kesucian, kemurnian dan ketinggian sopan santun yang dikehendaki oleh Islam, Agama yang kita semua akui sebagai penganut-penganutnya.
Wednesday, January 2, 2008
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
pilihan kita???
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika
servis di kamar tidur tidak memuaskan.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika
bangkrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN , pasangan bakal lari jika
rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT , maka pasangan akan cari alasan
untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika
orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan
mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti
MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH
itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk NYA . Dan ALLAH mencintai
hamba NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun di
dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai
ALLAH.
* Kalau rajin.. Tolong sebarkan petunjuk ini kepada saudara Muslim Muslimat yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Insyaallah.. .
Khasiat Taugeh
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya