1

1

Wednesday, October 15, 2008

Wanita lebih suka MEMBELI BELAH berbanding SEX???

Kalau lelaki memikirkan seks setiap minit, kajian yang melibatkan kaum wanita memberikan hasil yang berbeza. Kajian di barat mendapati tiga per empat wanita muda berusia antara 19 hingga 45 tahun lebih banyak memikirkan tentang barangan yang hendak dibeli ataupun 'shopping' berbanding seks.

Wanita ini memikirkan tentang kegiatan membeli belah sekali setiap 60 saat, berlainan dengan lelaki yang memikirkan aktiviti seks sekali setiap 52 saat. Wah! nampaknya, kegiatan 'shopping' lebih mendapat tempat di hati wanita berbanding seks.

Sudah pasti fakta ini membuatkan golongan 'pemikir seks' atau sang lelaki bertambah risau. Bimbang pasangan sanggup mengetepikan seks bersama mereka semata-mata kerana mahu membeli belah. Jika ini benar sudah pasti ramai lelaki tidak senang hati. Bukan saja bimbang keperluan seksnya tidak dipenuhi tapi juga bimbang memikirkan poket mereka yang semakin nipis kerana hobi si isteri ini.

No comments: