Terang benderang cahaya bulan di malam hari, barangkali bulan juga gembira menyambut ketibaan ramadhan yang dinanti oleh seluruh umat islam yang beriman. Perasaan Eyta bercampur gaul, ada suka dan ada duka. Duka barangkali kerana terpaksa berpuasa di perantauan tidak lagi bersama ibu tercinta. Suka kerana penghulu segala bulan telah membuka tirai kerahmatan memberi kesempatan hamba yang hina melakukan ibadat di bulan penuh baraqah ini. Eyta bersyukur dia masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus hidup untuk menikmati bulan tarbiah ini tetapi siapa tahu adakah mampu dia melalui sepanjang bulan ramadhan ini hingga akhir atau nikmat kehidupan ini akan diambil kembali. Dia insaf sebagai seorang hamba dia harus bersedia setiap masa untuk menghadapi kematian yang pasti. Namun air mata gadis sunti ini seolah ingin mengalir apabila mengenangkan amalan yang dilakukan olehnya selama ini adakah diterima disisi Allah atau sebaliknya.
" Eyta kerja sungguh-sungguh tau, mak akan selalu doakan" Eyta masih ingat pesanan wanita yang amat disayanginya itu. Wanita yang terlalu berjasa dalam hidupnya, terlalu mengambil berat tentang dirinya. Eyta tidak dapat bayangkan betapa dia amat memerlukan wanita ini dalam setiap waktu dalam hidupnya. Hanya tuhan saja yang bisa membalas jasa seorang wanita yang bergelar ibu ini.
Eyta tahu ibunya seorang yang bersemangat dalam meneruskan hidup, walau diuji, dia tetap tabah menghadapi cabaran dalam hidup. Eyta masih ingat saat dia diserang demam panas, ibunya tidak tidur kerana bimbangkan kesihatan anak gadisnya yang tercinta. Mata ibu tua ini tidak lelap walau sesaat kerana khuatir akan anaknya . Tangan keras ibu inilah yang sentiasa setia mengurut-ngurut tubuh Eyta. Jamilah tahu bahawa ibunya amat menyayanginya. Demi menyekolahkan Eyta ibunya sanggup mengerah keringat pagi dan petang untuk membesarkan anak-anak. Saat ayam masih lena diulit mimpi ibu bangun seawal pagi menyelusuri pepohon getah untuk mencari rezeki yang halal.
Dari tadi lagi Eyta perasan ada sepasang mata nakal sedang memerhatinya dari jauh. Namun dia cuba mengawal dan buat-buat tidak perasan. Barangkali Suraya teman pejabatnya perasaan jelingan nakal dari lelaki tersebut , namun Eyta buat-buat tak tahu. Kerana baginya biarlah impian ibunya dia penuhi barulah kehendak diri dituruti. Eyta bukan menafikan perasaan yang wujud dalam jiwanya namun dia perlu berhati-hati dalam memilih pasangan agar dia tidak silap membuat pilihan.
" Eyta kau perasan tak tadi? Si Roslan tu asyik pandang kau aje…" soal Suraya.
" kau ada apa-apa hubungan istimewa dengan dia ke?" bertalu soalan yang diberikan oleh Suraya kepada Eyta.
Eyta hanya tersengeh.
"kau ni memang macam ni, kalau aku tanya bukan nak jawab." Suraya mula merajuk dan sebenarnya dia minta dipujuk.
"kalau aku ada apa-apa dengan Roslan kacak tu, kaulah orang pertama yang akan aku bagitahu, tau. Dah lah dah tua bangka pun nak kena pujuk. Jom masuk opis." Jelas Eyta membuat Suraya tersegeh.
Kehadapan saudari Eyta,
Maaf andai warkah ini mengganggu saudari, namun saya terpaksa jua menulis luahan hati ini agar Eyta tahu bahawa saya benar-benar ikhlas untuk mengenali Eyta. Sudah lama saya mengkagumi Eyta, jika dulu saya hanya pemerhati dan tidak berani meluahkan perasaan, namun tiba-tiba keberanian itu datang untuk meluahkan apa yang tersimpan di dasar hati.
Saya benar-benar ikhlas untuk mengenali Eyta, bukan kerana nafsu tapi saya rasa, ini adalah masa yang sesuai untuk saya mencari bakal isteri. Dan saya rasa awaklah insan yang paling sesuai untuk saya tahtakan di sudut hati sebagai isteri dan mendidik anak-anak saya nanti.
Saya tahu, saya tidak membuat pilihan yang silap. Saya amat berharap impian mrni saya ini sudilah Eyta penuhi.
Yang Ikhlas
roslan
"Macamne, kau nak terima tak?" Tanya suraya selepas membaca surat yang diberikan oleh Roslan kepada Eyta.
"aku rasa baik kau terima, lagipun budak Roslan tu baik budaknya, lagipun aku rasa dia macam ikhlas aje" terang Suraya tanpa diminta.
"banyak perkara aku kena fikirkan…" jawab Eyta Ringkas.
"apa yang kau nak fikirkan, kahwin aje senang… si Roslan tu anak orang kaya nanti kau juga yang senang."
"itulah yang aku fikirkan, orang susah dan orang senang pemikiran tak sama, aku rasa… aku dan dia tak sekufu. Biarlah dia cari gadis yag lebih sesuai dan setanding dengan dirinya." Luah Eyta.
"aku juga mengaku yang aku… sukakan Roslan sebagai seorang kawan tapi hatiku masih tidak mampu untuk menerima cinta seorang lelaki walaupun yang pasti diri ini meronta-ronta untuk mencari teman hati. Aku tahu, aku masih kuat untuk bermujahadah melawan nafsu yang mula menyerang ganas di dalam jiwaku, namun aku tak nak menodai janji yang telah aku patri dengan ibuku, kasih dan sayang ibu…,"mata Eyta mula menakung air mata.
"siapa yang suruh kau menafikan kasih kau pada ibu kau?"
"Tapi realitinya apabila aku berkahwin dan bergelar isteri orang kasih aku terbahagi dua. Aku tak sanggup. Cuba kau bayangkan ibu berikan aku sepenuh kasih sayang.
"aku hanya beri pendapat, aku tak paksa kau.. kau fikirlah baik-baik, aku sebagai kawan nak tengok kau bahagia." Jelas Suraya lantas memeluk Eyta.
" terima kasih Suraya sebab memahami aku.
.
No comments:
Post a Comment