1

1

Sunday, January 24, 2010

Pesan Roh Kepada Manusia

>Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi
alam
>sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan
manusia.
>Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang
>memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku
>dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
>seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu
:
>"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam
>keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin
>kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
>
>Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang
>yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
>luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan,
telapak
>kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi
supaya
>jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
>melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali
>terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
>
>Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai
jemaahku,
>aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
>menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
>Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
>rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
>selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
>diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
>selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali
>terakhir.
>
>Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh
pula
>berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
>jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan
>janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
>"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk
>warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".
>"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang
dengan
>keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
>
>Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat
>kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur
>masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
>memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
>melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya
kepada
>mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
>"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk
>drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak
yang
>tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
>
>Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada
malam
>itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang
>dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
>anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan
>bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi
Qalabah
>sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya
>sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripadamatahari.
>
>Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
>
>Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan
>malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
>menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
>kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
>menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
>keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
>rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
>keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
>menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang
>dikatakan saat nazak orang itu."
>
>Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang
>beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di
>sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya
>di syurga.
>
>Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa
kepada
>orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya
>pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
>"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
>menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat
melihat
>kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat
>orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila
>melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
>
>Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang
mukmin
>itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat
maut
>hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah
>zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
>
>"Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana
>orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
>Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali
>kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
>orangmukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai
>malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.
>
>" Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat
>maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah
>sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
>anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak
>ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan
>ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak
>yatim an tangan ini menulis ilmu pengetahuan.
>
>" Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari
>arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya
>malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan
>bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
>mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
enghadiri
>majlis-majli! s ilmu.
>
>" Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah
kaki,
>maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat
>maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan
>bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
>Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang
>mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka
>berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
>sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
>menangis kerana takutkan Allah.
>
>" Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian
>AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
>ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
>Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut
menghampiri
>roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat
Asma
>Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut
dari
>arah mulut dengan tenang.
>
>Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar
>dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh
tempat:
>
>1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin
>
>2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus
>
>3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina
>
>4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
>kehendak mereka
>
>5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi
>dan tdk di langit sampai hari Kiamat
>
>6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
>misik
>
>7. Roh orang-orang kafir akan berada dlm neraka Sijjin,mereka disiksa
>beserta jasadnya hingga hari Kiamat
>
>Telah bersabda Rasullullah Saw :
>
>Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikatpada
>hari mereka keluar dari kuburnya:
>
>1. Orang-orang yang mati syahid
>
>2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan suci ramadhan
>
>3. Orang berpuasa di hari Arafah
>
>Sekian untuk ingatan kita bersama.
>
>Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
>Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
>yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
>
>Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.
>
>Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah
>pesanku biarpun satu ayat ...

No comments: