1

1

Tuesday, September 30, 2014

ESP ESP ESP ESP

Promosi terhebat october!!!!!!

Sebelum ke tempat kerja kena minum ESP dulu.

Apa yang bagus sangat ESP ni ? Jom la nak story morry sikit.
  • Hilangkan jeragat dan parut jerawat
  • Lancarkan penyusuan ibu dengan lebih pekat dan banyak
  • Anjalkan kulit
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan 
  • Tenaga yang berpanjangan seharian.
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • Meningkatkan kesihatan tubuh secara semulajadi.
  • Bantu tumbesaran fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  • Elak risiko strok dan arteri tersumbat 
  • membantu masalah gastrik
  • Kesuburan wanita. 
  • Halang sel tidak normal membiak menjadi sel kanser
  • Membina sel kulit, otot, hormon yg seimbang serta menyokong sistem badan
  • Kurangkan paras kolesterol.

    Hahhh...ada lagi ESP ni boleh di ambil secara set mengikut keperluan individu.



    So??? Dapatkan segera jika anda belum merasai kehebatannya lagi. Masih belum terlambat. ESP ni bukan je untuk anda seorang malah ia untuk satu family. Hebatkan!!
Umur stroller ni dari tahun 2005 first baby lagi.  
Beli dengan harga RM490 diskaun  20% - RM390 pada masa tu.
Guna hingga anak ke 3 tahun 2011.
Memang tahan lasak.
Sesiapa nak boleh angkat tangan je nak kasi free.

Sebab dah stop cukup 2 gurl 1 boy.

Andai suatu hari nanti di takdirkan dapat rezeki zuriat lagi. 
Beli yang lain je la banyak design2 baru di pasaran sekarang ini.
Tak ralat pun kalu di berikan kepada orang walaupun sayang sangat dengan stroller ni.
Tapi sekurang2nya berguna untuk orang lain.

Kau dan Aku saling memerlukan.

Kau Kejam.
Kau Jahat.
Kau Siksa Aku.
Kau tak berhati perut.
Kau buat aku tak makan.
Kau dera aku dari pagi sampai malam.
Kau tak patut buat aku macam ni.

Aku yang selama ni jaga Kau.
Aku yang basuh Kau.
Aku yang bela Kau.
Aku yang kasi Kau kalsium.
Aku yang beri Kau kerja.

Segala-galanya Aku lakukan demi Kau. Dan Aku pertahankan Kau selama ini. Tapi Kau...Kau sanggupkan sakitkan Aku. Setiap hari Aku mandikan Kau supaya Kau sentiasa bersih dan putih berseri. Supaya semua orang sukakan Kau. Kau memang melampau. Kejam.

Kau lebih suka Aku buangkan Kau selama-lamanya. Itu yang Kau nak Aku lakukan. Tapi mampu kah Aku hidup tanpa Kau. Aku sayangkan Kau lebih dari segalanya. Sebab Kau yang bongsu.

Alahai gigi bongsu ku....kenapa kau siksa aku sebegini rupa sehingga aku tak dapat nk suap nasi satu sudu pun...sampainya hatimu...membuatkan aku..

Ni dah sampai tahap tak boleh makan. Terasa ngilu setiap kali minum air. parah.

Pengajaran: Jaga la gigi kita dan sentiasa di bersihkan sentiasa sebelum ia sakit.

Monday, September 29, 2014

Assalamualaikum...wbt

Lately suka sangat bercerita tentang makanan.
Lately suka sangat makan.
Lately suka sangat cari makanan untuk di makan.
Lately suka menjamu mata dengan makanan.
Bukan sebarangan makanan semua high class. hehe
Ye la makan nasi arab silk rood
Ye la makan nasi beriani gam.
Latest makan nasi arab al-diafah 2X lak tu..
Satu Bff @rida HS yang belanja
Satu lagi Boss yang belanja.
Lepas tu opis lak buat jamuan makan-makan sempena bacaan yassin punnn nasi arab juga.
Memang penangan nasi arab betul la sejak 2 menjak ni...hehe..

 Bff @rida HS yang belanja Nasi Arab Al-Diafah

 Sempena Bacaan Yassin di opis

Boss @ Sharaifah belanja di Nasi Arab Al-Diafah

Sekarang macam dah jemu lak nak makan nasi arab kambing ni....tapi..tapi kalau ada orang nak belanja makan jugak haahhaha....pantang...bukan pantang makan...pantang nampak makanan...cam ne la badan tak bam bam bum...hehe

Sunday, September 28, 2014

Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

Sesuai juga di gunakan untuk :

1. Kulit yang mengalami kegatalan.
2. Demam panas (disapu ke seluruh badan). In shaa Allah setengah jam kemudian badan akan berpeluh
3. Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.
4. Memecahkan lemak / pembuangan angin dengan cara urutan terutama pada bahagian perut


APA ITU ECZEMA?

Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."

"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."

Waalaupun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa pun ada juga berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Kesian sangat lihat orang yang kita sayang mengalami penyakit ini. especially jika anak kita sendiri atau org2 sekitar kita. Hanya beberapa ringgit sahaja penyakit ini hilang dari badan org yang kita sayang. Duit boleh di cari tetapi derita penyakit ini yg dialami orang tersayang sungguh menyakitkan.





Saturday, September 27, 2014

Luqman minum susu mealshake

Nama saya Luqman, umur saya 3 tahun  3 bulam.
Saya ada 2 orang kakak..sorang cantik sorang lagi comel.
Sebelah saya tu abang sepupu..
Nama dia syaufiq...hensem kan
Tapi hari ni saya bukan nya nak bercerita pasal kakak saya ye.
Saya nak bercerita pasal diri saya.
Sebelum ni ibu selalu marah sebab saya susah nak makan dan memilih makanan.
Satu lagi ikut mood jugak..

Selepas ibu berikan saya mealshake, selera makan saya bertambah...
Saya juga makan chewable vita c, omega, setelah sebulan saya makan semua tu...
selera makan saya semakin bertambah...
saya suka makan...
sekarang ibu saya masak apa pun saya akan makan.
Apa yang buat saya tak suka makan sebelum ni sbb ibu suka paksa saya makan sayur2...itu buat saya tak suka.
Tapi sekarang saya boleh makan semuanya termasuk la makanan pedas.
I like laksa hehe...

Jom kawan-kawan,
boleh order mealshake dengan ibu saya. Sekarang promosi beli 3 dapat 4.
Ni no ibu saya 013 344 7381

Friday, September 26, 2014

Kehamilan dan Penyusuan



Pertama kali melahirkan dan menyusukan anak?

Hamil anak pertama. Suatu  perasaan terindah dalam hidup. Gembira, excited, takut semua bercampur menjadi satu.  Sepanjang tempoh hamil memang saya sangat menjaga kesihatan, pemakanan dan segala bentuk penjagaan. Suami menjadi penasihat tentang apa jua yang aku makan dan akan makan.

Hamil anak pertama. Suatu pengalaman baru yang pasti di alami oleh setiap pasangan suami isteri.Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan…bermula dari 4 bulan kehamilan, kami sudah mula membuat persediaan menyambut kelahiran anak pertama kami. Setiap kali ke shopping complexe, pastinya baju2 dan pakaian baby yang bakal lahir akan di cari dahulu. Masuk 7 bulan segala kelengkapan siap untuk menerima kehadiran insan baru dalam hidup kami.
Dari segala kelengkapan baby, berpantang cukup di sediakan suami untuk menyenangkan proses yang di gambarkan. Tidak semudah yang di sangka..Kelahiran baby pertama melalui caesarean kerana setelah 5 jam menunggu menyebabkan jantung baby lemah.

Penyusuan!! Tidak semudah yang di gambarkan.. Aku tidak mempunyai cukup ilmu dalam menyusukan anak. Kerana terlalu tertekan kerana tidak mampu menyusu di hari pertama, membuatkan diri rasa sedikit kecewa. Nasib baik ada laptop gugel la cari cara2 menyusu. Hmm itu lah orang ada anak, aku pun nak anak tapi ilmu di dada tak begitu cukup untuk menyusu dan menjaga anak dengan betul. Ok..biasa la anak pertama katanya semua baru. hehe
Hari pertama susu tidak mahu keluar walaupun di picit berulang kali dan dengan bantuan nurse2 yang baik hati dan prihatin kepada ibu yang baru pertama kali menyusu. Tanpa rasa segan dan malu aku menyerahkan segala proses mengeluarkan susu itu bulat2 kepada nurse2 di situ. Terima kasih yang tak terhingga kepada nurse dari sunway medical center pada tahun 2005.

Alhamdulillah punyai suami yang terlalu cerewet dalam penyediaan tempat melahirkan. Lagipun dari history Sunway Medical Center the best hospital yang ada kat Selangor. Layanan yang di berikan oleh doctor dan nurse2 yang terlibat dalam proses kelahiran amat menyenangkan dan mereka semua menyenangkan dan frenly. Rasa nak berpantang terus di hospital tu. Amat selesa dan menenangkan.
Seminggu selepas melahirkan, aku pulang berpantang di kampung bersama ibu dan ayahku. Bercuti selama 88 hari, rasa terlalu lama tetapi betul2 merehatkan.

Puteri sulung ku lahir dengan berat 1.9kg, cukup comel dengan hidung mancung. Kini 9 tahun cerita itu berlaku dengan segala memori indah tercipta.
Puteri ke 2 dengan berat 2.37kg yang berumur 8 tahun sekarang ni.
Dengan kelahiran ke 3 tahun 2011 tanggal 31 July, putera bongsu kami keluar dengan sihat dan semangat. Seberat 2.39kg. yang kini berusia 3 tahun. 

Alhamdulillah, kami sekeluarga cukup bahagia walaupun kadang bahtera ini bergoyang namun sempat di selamatkan dengan adanya 3 orang penghias bahtera kami. Semoga keluarga ini tetap di bawah lindungan Allah swt hingga ke Jannah. Amin.

Jika dengan Izin- Nya, untuk baby ke 4 aku akan teruskan kehamilan dan penyusuan dengan set hamil, menyusu dan berpantang SHAKLEE kerana walau hanya beberapa bulan di pertemukan dengan Shaklee, aku mula jatuh cinta padanya. In shaa Allah.