Pertama kali melahirkan dan menyusukan anak?
Hamil anak pertama. Suatu perasaan terindah dalam hidup. Gembira, excited,
takut semua bercampur menjadi satu. Sepanjang tempoh hamil memang saya sangat menjaga
kesihatan, pemakanan dan segala bentuk penjagaan. Suami menjadi penasihat
tentang apa jua yang aku makan dan akan makan.
Hamil anak pertama. Suatu pengalaman baru yang
pasti di alami oleh setiap pasangan suami isteri.Minggu berganti minggu, bulan
berganti bulan…bermula dari 4 bulan kehamilan, kami sudah mula membuat
persediaan menyambut kelahiran anak pertama kami. Setiap kali ke shopping
complexe, pastinya baju2 dan pakaian baby yang bakal lahir akan di cari dahulu.
Masuk 7 bulan segala kelengkapan siap untuk menerima kehadiran insan baru dalam
hidup kami.
Dari segala kelengkapan baby, berpantang cukup di
sediakan suami untuk menyenangkan proses yang di gambarkan. Tidak semudah yang
di sangka..Kelahiran baby pertama melalui caesarean kerana setelah 5 jam
menunggu menyebabkan jantung baby lemah.
Penyusuan!! Tidak semudah yang di gambarkan.. Aku
tidak mempunyai cukup ilmu dalam menyusukan anak. Kerana terlalu tertekan
kerana tidak mampu menyusu di hari pertama, membuatkan diri rasa sedikit kecewa.
Nasib baik ada laptop gugel la cari cara2 menyusu. Hmm itu lah orang ada anak,
aku pun nak anak tapi ilmu di dada tak begitu cukup untuk menyusu dan menjaga
anak dengan betul. Ok..biasa la anak pertama katanya semua baru. hehe
Hari pertama susu tidak mahu keluar walaupun di
picit berulang kali dan dengan bantuan nurse2 yang baik hati dan prihatin
kepada ibu yang baru pertama kali menyusu. Tanpa rasa segan dan malu aku
menyerahkan segala proses mengeluarkan susu itu bulat2 kepada nurse2 di situ.
Terima kasih yang tak terhingga kepada nurse dari sunway medical center pada
tahun 2005.
Alhamdulillah punyai suami yang terlalu cerewet dalam
penyediaan tempat melahirkan. Lagipun dari history Sunway Medical Center the
best hospital yang ada kat Selangor. Layanan yang di berikan oleh doctor dan
nurse2 yang terlibat dalam proses kelahiran amat menyenangkan dan mereka semua
menyenangkan dan frenly. Rasa nak berpantang terus di hospital tu. Amat selesa
dan menenangkan.
Seminggu selepas melahirkan, aku pulang
berpantang di kampung bersama ibu dan ayahku. Bercuti selama 88 hari, rasa
terlalu lama tetapi betul2 merehatkan.
Puteri sulung ku lahir dengan berat 1.9kg, cukup
comel dengan hidung mancung. Kini 9 tahun cerita itu berlaku dengan segala
memori indah tercipta.
Puteri ke 2 dengan berat 2.37kg yang berumur 8
tahun sekarang ni.
Dengan kelahiran ke 3 tahun 2011 tanggal 31 July,
putera bongsu kami keluar dengan sihat dan semangat. Seberat 2.39kg. yang kini
berusia 3 tahun.
Alhamdulillah, kami sekeluarga cukup bahagia
walaupun kadang bahtera ini bergoyang namun sempat di selamatkan dengan adanya
3 orang penghias bahtera kami. Semoga keluarga ini tetap di bawah lindungan
Allah swt hingga ke Jannah. Amin.
Jika dengan Izin- Nya, untuk baby ke 4 aku akan
teruskan kehamilan dan penyusuan dengan set hamil, menyusu dan berpantang
SHAKLEE kerana walau hanya beberapa bulan di pertemukan dengan Shaklee, aku
mula jatuh cinta padanya. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment