Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
Sesetengah ulama berkata bahawa Sesiapa yang menjaga soaltnya maka Allah akan mengurniakan lima keistimewaan:
- Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.
- Akan di hindarkan daripada azab kubur.
- Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
- Akan memasuki syurga tanpa hisab
Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan soalt. Kami tidak meminta rezeki kepada kamu. Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertakwa. (Thaha 20:132)
"Apakah cara paling murah, mudah dan praktikal agar otak kita beroperasi dengan lebih cekap dan cepat?" Anda sudah tahu jawapannya, betul?.
Jesteru, dengan menunaikan perintah Allah khususnya solat, bukan sahaja mendapat ganjaran pahala dan rezeki, malah fikiran kita pun bertambah cerdas.
Bagaimana Menjemput Rezeki Dengan Surah Al-Fatihah.
Ada 4 kaedah:-
1.
Masa membacanya di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Subuh.
Baca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara dua solat tersebut.
Bismillahirrahmanirrahim adalah ayat pertama bagi surah Al-Fatihah.
2.
Masa membacanya selepas selesai setiap solat 5 waktu. Baca sebanyak 7 kali.
3.
Masa membacanya di tengah malam (semasa bangun untuk solat tahajjud). Bacalah sebanyak 41 kali.
4.
Pilihlah mana-mana waktu yang sesuai. Kemudian baca surah Al-Fatihah sebanyak 313 kali. Bacalah selama 3,5 atau 7 hari. Membaca Al-Quran sebaiknya mengadap kiblat dan ada wudu'.
Pendinding ketika tidur.
Bacalah Surah al-Fatihah 1 kali,
Surah al-Ikhlas 3 kali,
Surah an-Nas dan
Surah al-Falaq sekali sebelum tidur.
Insya-Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan,
kecurian, kebarakan dan malapetaka.
No comments:
Post a Comment