1

1

Wednesday, December 9, 2015

Pregnant?


Am I Pregnant? I can't believe I'm pregnant. But since the day i found out I was pregnant. Macam2 perasaan yang I rasa..surprise pun ada. Im not ready yet to be a child again. Kerana di usia ni sepatutnya I dah tutup kedai....hah tutup kedai apa pulak ni....hahaha kilang buat anak la...Kilang buat anak?....Ye kilang buat anak....hmm apa-apa la.....macam-macam istilah la perempuan ni...bahasa kasarnya perempuan di gelar kilang buat anak oleh lelaki. Apanya tiap-tiap tahun beranak. Itu semua rezeki dan siapa kita untuk menolak takdir dari Allah. dan ketentuan Ilahi dapat anak ramai. Terima dengan rasa bersyukur di beri rezeki anak ramai. I bersyukur dapat anak ramai.

Bukan semua wanita yang baru di sahkan hamil mempunyai simpton awal yang sama. Pening kepala, mual dan muntah adalah perkara biasa tanda-tanda kehamilan. Bagaimanapun, ada juga wanita tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan. Sedar-sedar perut dah besar. Setiap wanita berbeza mengikut tindakbalas badan dan hormon.

Macam yang I alami sendiri, simptom ni tak ada pun. Bangun tidur je rasa perut ni buncit semacam je. Pastu sibuk fikirkan macam mana nak kempiskan perut ni kembali. Apa lagi semua minyak panas la di sapu kat perut. Tup-tup jumpa doctor untuk dapatkan ubat sakit kepala. Doctor sahkan mengandung.

I became pregnant by surprise, mana tidaknya Im not ready yet untuk pregnant lagi after 5 years. Anak ke 3 pun dah 5 tahun. Tapi siapa tahukan Allah tak pernah putus memberi rezeki. Cik Suami, happy la sebab selama ini memang dia selalu dan tak pernah putus berdoa untuk dapat anak lagi.

Cik suami memang sukakan budak-budak. Agaknya orang yang suka kucing ni..penyayang orangnya.

Antara tanda-tanda di awal kehamilan:

1. Morning sickness
Memang setiap kali berus gigi, mula la rasa mual dan muntah sampai pening kepala.

2. Kerap kencing.
Itu sudah menjadi kebiasaan setiap kali mula hamil. Walaupun sudah punyai 3 orang anak sama juga. terlalu kerap kencing sehingga 6 - 8 kali sehari.

3. Mengantuk dan rasa tidak bermaya.
Bab mengantuk ni pra hamil ni memang teruk. Badan jadi lemau, penat dan rasa tidak selesa. Mungkin uols pun rasa benda yang sama.

4. Perubahan emosi.
Tak usah cakap la...once dah tahu hamil. Perasaan terlalu sensitif, mudah sentap. Nasib baik la dapat suami yang memahami dan faham perangai isteri dia yang cute miut ni ketika hamil. Banyak beri nasihat supaya lebih sabar dan tenang. Terima kasih abang sado jemur kain, Abang sado tukang urut kaki I malam-malam, selepas balik soping dan jadi segala-galala...hehhe macam pelik je kan...memang itu kerja abang sado pun walaupun bukan waktu hamil...hehehe....Thanks Abang.

5. Mengidam.
Hah ini pelik....sebab setiap kali hamil...I tak ada la nak mengidam makan pelik-pelik...Jika ada makan je...tak de la ngada-ngada nak makan itu ini. Tak cerewat sangat la bab makan ni.

Sekarang dah mula makan set kehamilan Shaklee. Ia adalah satu pilihan yang ada dipasaran, memberikan nutrisi, vitamin dan mineral yang lengkap untuk ibu-ibu hamil supaya waktu hamil menjadi memori terindah dalam hidup. Jadi sudah pasti I pilih supplement yang pasti berkualiti untuk I dan anak dalam kandungan.


Sebarang persoalan tentang supplement kehamilan boleh terus hubungi I dan Inshaa Allah I bantu yang termampu.

Sehingga bertemu lagi.




No comments: