1

1

Tuesday, February 23, 2016

Alahan Mengandung

Assalamualaikum wbt.



Lama betul tak jenguk bilik ni....Kesihatan tidak mengizinkan sejak akhir-akhir ini membuatkan diri terasing dari dunia luar. 

Meh nak citer pasal kandungan ke 4 ni...seronok sangat kerana dah 5 tahun sunyi dari tangisan baby. Cik Suami la orang paling happy. Maklum la cik suami memang sukakan budak2..

X sabar rasanya nak merasakan tendangan bayi yang serius...kini usia sudah hampir 3 bulan. Kini pembentukan bayi hampir sempurna. Hujung bulan nanti baru jumpa doc untuk membuat pemeriksaan setiap bulan. Semakin hari semakin takut aku rasakan setelah lama tidak mengandung.  Dalam ketakutan itu aku sebenarnya gembira kerana masih di beri rezeki ini.  Bagiku anak adalah harta tidak ternilai harganya.

Aku bahagia bersama suami dan anak-anak yang akan menyemarakkan lagi mahligai kami berdua. 

Nak citer ni..macam peknen kali pertama je rasa.. lepas aje buat test peknen kt klinik tu...teruk rasa mual2....aduh pening terus.

Sejak kandungan masuk 2 bulan, simptom ibu mengandung mula terasa. Muntah dari pagi sampai ke malam, makan dan minum pasti keluar balik. Terasa perit sangat perasaan ketika itu. sehingga aku di masuk kan ke hospital kerana badan dehydration.




Sekarang aku bersyukur sangat2, tempoh alahan sudah berakhir. Hanya waktu pagi morning sickness tu still ada setiap kali selepas menggosok gigi. Cabaran untuk melahirkan zuriat sendiri namun aku tempuhi dengan cekal atas sokongan suami saat menempuh waktu kritikal. Cik suami banyak membantu ketika termpoh "beralahan". Segala kerja rumah dari pintu depan sehingga ke dapur cik suami yang uruskan.Aku hanya uruskan diri sendiri.

Setiap saat aku hanya mampu berdoa di beri ketabahan sepanjang mengandung. Di kurniakan anak yang soleh/solehah. Sihat baby dalam kandungan dan di permudahkan segalanya. Perasaan takut sering bermain di minda...takut untuk melahirkan dan tempoh berpantang.

Kekasih dunia akhiratku, terima kasih sangat2 kerana sentiasa di sisi dan sentiasa memberi sokongan padaku saat ini...pengorbanan Abang tidak terbalas olehku. Aku akan sentiasa menyayangi dan mencintaimu tanpa henti.

 Sekian, wassalam.

No comments: