Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari
dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun). Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah
dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara,malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana
dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Buat
renungan kita semua.
1
Wednesday, February 17, 2010
Tuesday, February 16, 2010
Bahaya barah maksiat batin
Tazkirah Remaja: Bahaya barah maksiat batin
Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
2009/12/30 "BANYAK konflik berlaku, sudah hendak kiamatlah," kata seorang teman kepada penulis pada suatu pagi di kedai mamak.
"BANYAK konflik berlaku, sudah hendak kiamatlah," kata seorang teman kepada penulis pada suatu pagi di kedai mamak.
Semua tidak kena satu pihak salahkan pihak yang lain begitulah sebaliknya.
Pembaca sekalian, adakah anda sedang berkonflik atau mungkin mengharunginya dengan perasaan yang melukakan?
Terdapat banyak punca berlaku konflik, antaranya sifat hati yang kotor. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati."
Hati kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan tidak rasional. Inilah yang dinamakan dengan maksiat batin. Di sini timbul seribu satu perangai negatif yang akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik.
Antara maksiat batin itu seperti:
1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.
2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.
3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.
4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.
5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.
6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.
7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.
Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:
Bercakap banyak
Suka marah-marah
Berhasad dengki
Bakhil
Suka bermegah-megah
Sombong dan takbur dengan diri sendiri
Cintakan dunia
Suka memfitnah
Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna
Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain.
Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik.
Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat.
Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yang bersarang dalam nafsu kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Labels:
Bersama Ustaz
Saturday, February 6, 2010
30 petua - amalan pasangan suami isteri brumah tangga.
1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian, belaian kasih sayang, sentuhan, cuiman dan pelukan.

4. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
5. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
6. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
7. Tolak-ansur.
8. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
9. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
10. Sanggup berkorban buat pasangan.
11. Menghormati pasangan.
12. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
13. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
14. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

15. Memahami peranan ‘pasangan’.
16. Hubungan perasaan sesama pasangan.
17. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
18. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
19. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

20. Sentiasa berterus terang.
21. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
22. Lebih banyak memberi daripada menerima.
23. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
24. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
25. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
26. Tidak terlalu mengongkong dan bertindak bersendirian.
27. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
28. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
29. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
30. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
~~Dr Fadzilah Kamsah

11 jenis manusia yang didoa malaikat
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Sunday, January 24, 2010
Pesan Roh Kepada Manusia
>Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isialam
>sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan
manusia.
>Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang
>memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku
>dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
>seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu
:
>"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam
>keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin
>kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
>
>Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang
>yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
>luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan,
telapak
>kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi
supaya
>jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
>melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali
>terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
>
>Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai
jemaahku,
>aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
>menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
>Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
>rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
>selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
>diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
>selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali
>terakhir.
>
>Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh
pula
>berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
>jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan
>janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
>"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk
>warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".
>"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang
dengan
>keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
>
>Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat
>kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur
>masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
>memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
>melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya
kepada
>mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
>"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk
>drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak
yang
>tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
>
>Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada
malam
>itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang
>dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
>anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan
>bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi
Qalabah
>sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya
>sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripadamatahari.
>
>Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
>
>Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan
>malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
>menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
>kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
>menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
>keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
>rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
>keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
>menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang
>dikatakan saat nazak orang itu."
>
>Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang
>beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di
>sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya
>di syurga.
>
>Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa
kepada
>orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya
>pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
>"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
>menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat
melihat
>kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat
>orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila
>melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
>
>Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang
mukmin
>itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat
maut
>hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah
>zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
>
>"Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana
>orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
>Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali
>kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
>orangmukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai
>malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.
>
>" Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat
>maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah
>sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
>anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak
>ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan
>ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak
>yatim an tangan ini menulis ilmu pengetahuan.
>
>" Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari
>arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya
>malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan
>bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
>mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
enghadiri
>majlis-majli! s ilmu.
>
>" Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah
kaki,
>maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat
>maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan
>bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
>Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang
>mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka
>berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
>sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
>menangis kerana takutkan Allah.
>
>" Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian
>AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
>ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
>Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut
menghampiri
>roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat
Asma
>Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut
dari
>arah mulut dengan tenang.
>
>Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar
>dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh
tempat:
>
>1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin
>
>2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus
>
>3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina
>
>4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
>kehendak mereka
>
>5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi
>dan tdk di langit sampai hari Kiamat
>
>6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
>misik
>
>7. Roh orang-orang kafir akan berada dlm neraka Sijjin,mereka disiksa
>beserta jasadnya hingga hari Kiamat
>
>Telah bersabda Rasullullah Saw :
>
>Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikatpada
>hari mereka keluar dari kuburnya:
>
>1. Orang-orang yang mati syahid
>
>2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan suci ramadhan
>
>3. Orang berpuasa di hari Arafah
>
>Sekian untuk ingatan kita bersama.
>
>Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
>Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
>yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
>
>Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.
>
>Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah
>pesanku biarpun satu ayat ...
Subscribe to:
Posts (Atom)