Assalamualaikum wbt
Rasa tenang dan selesa kerana bangun seawal pagi. Ceria nak bercerita pasal senamthon sekolah anak2. Dapat kad untuk minta sumbangan...16 Ogos - 18 Oct. ..Hahhh tapi sekarang bukan anak-anak yang menjelajah Malaysia, minta sumbangan tu......tu semua dah jadi tugas Ibubapa.
Masa kita sekolah dulu...sendiri minta...pusing satu Kampung...masih ingat kenangan2 tu semua..pegi rumah cina kena kejar ngan anjing depan rumah dia hahahaha....memang lari lintang pukang, nasib baik berteman dengan kawan....Apa lagi pecut 2000 X 100 la time tu...
Memori tu semua tak mungkin dapat lupa...anak-anak sekarang senang, semua harapkan ibu bapa yang buat. Tak challenging langsung.
Alhamdulillah, untuk collection hari ni sebanyak RM229.10.. Kalau masih rajin...in shaa Allah sambung lagi esok. Minta dengan kawan-kawan opis je pun...
Sekian...wassalam.
No comments:
Post a Comment