1
Wednesday, December 9, 2015
Pregnant?
Am I Pregnant? I can't believe I'm pregnant. But since the day i found out I was pregnant. Macam2 perasaan yang I rasa..surprise pun ada. Im not ready yet to be a child again. Kerana di usia ni sepatutnya I dah tutup kedai....hah tutup kedai apa pulak ni....hahaha kilang buat anak la...Kilang buat anak?....Ye kilang buat anak....hmm apa-apa la.....macam-macam istilah la perempuan ni...bahasa kasarnya perempuan di gelar kilang buat anak oleh lelaki. Apanya tiap-tiap tahun beranak. Itu semua rezeki dan siapa kita untuk menolak takdir dari Allah. dan ketentuan Ilahi dapat anak ramai. Terima dengan rasa bersyukur di beri rezeki anak ramai. I bersyukur dapat anak ramai.
Bukan semua wanita yang baru di sahkan hamil mempunyai simpton awal yang sama. Pening kepala, mual dan muntah adalah perkara biasa tanda-tanda kehamilan. Bagaimanapun, ada juga wanita tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan. Sedar-sedar perut dah besar. Setiap wanita berbeza mengikut tindakbalas badan dan hormon.
Macam yang I alami sendiri, simptom ni tak ada pun. Bangun tidur je rasa perut ni buncit semacam je. Pastu sibuk fikirkan macam mana nak kempiskan perut ni kembali. Apa lagi semua minyak panas la di sapu kat perut. Tup-tup jumpa doctor untuk dapatkan ubat sakit kepala. Doctor sahkan mengandung.
I became pregnant by surprise, mana tidaknya Im not ready yet untuk pregnant lagi after 5 years. Anak ke 3 pun dah 5 tahun. Tapi siapa tahukan Allah tak pernah putus memberi rezeki. Cik Suami, happy la sebab selama ini memang dia selalu dan tak pernah putus berdoa untuk dapat anak lagi.
Cik suami memang sukakan budak-budak. Agaknya orang yang suka kucing ni..penyayang orangnya.
Antara tanda-tanda di awal kehamilan:
1. Morning sickness
Memang setiap kali berus gigi, mula la rasa mual dan muntah sampai pening kepala.
2. Kerap kencing.
Itu sudah menjadi kebiasaan setiap kali mula hamil. Walaupun sudah punyai 3 orang anak sama juga. terlalu kerap kencing sehingga 6 - 8 kali sehari.
3. Mengantuk dan rasa tidak bermaya.
Bab mengantuk ni pra hamil ni memang teruk. Badan jadi lemau, penat dan rasa tidak selesa. Mungkin uols pun rasa benda yang sama.
4. Perubahan emosi.
Tak usah cakap la...once dah tahu hamil. Perasaan terlalu sensitif, mudah sentap. Nasib baik la dapat suami yang memahami dan faham perangai isteri dia yang cute miut ni ketika hamil. Banyak beri nasihat supaya lebih sabar dan tenang. Terima kasih abang sado jemur kain, Abang sado tukang urut kaki I malam-malam, selepas balik soping dan jadi segala-galala...hehhe macam pelik je kan...memang itu kerja abang sado pun walaupun bukan waktu hamil...hehehe....Thanks Abang.
5. Mengidam.
Hah ini pelik....sebab setiap kali hamil...I tak ada la nak mengidam makan pelik-pelik...Jika ada makan je...tak de la ngada-ngada nak makan itu ini. Tak cerewat sangat la bab makan ni.
Sekarang dah mula makan set kehamilan Shaklee. Ia adalah satu pilihan yang ada dipasaran, memberikan nutrisi, vitamin dan mineral yang lengkap untuk ibu-ibu hamil supaya waktu hamil menjadi memori terindah dalam hidup. Jadi sudah pasti I pilih supplement yang pasti berkualiti untuk I dan anak dalam kandungan.
Sebarang persoalan tentang supplement kehamilan boleh terus hubungi I dan Inshaa Allah I bantu yang termampu.
Sehingga bertemu lagi.
Tuesday, December 8, 2015
Surat Cinta Tentang Solat
Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh.
Bila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajipan, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.
Anggaplah solat itu Pertemuan yang kau nantikan dengan Tuhanmu.
Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah.
Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah swt.
Anggaplah solat itu sebagai serius kau dalam bermimpi.
Bayangkan ketika "Azan berkumandang," tangan Allah melambai kepadamu untuk mengajak kau lebih dekat denganNya.
Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.
Bayangkan ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya.
Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu : "Aku mencintaimu wahai hambaKu."
Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu."
Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia hati bersih.
Masya Allah...sungguh nikmat solat yang kita lakukan.
Aamiin. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang di redhai Allah swt.
Bila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajipan, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.
Anggaplah solat itu Pertemuan yang kau nantikan dengan Tuhanmu.
Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah.
Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah swt.
Anggaplah solat itu sebagai serius kau dalam bermimpi.
Bayangkan ketika "Azan berkumandang," tangan Allah melambai kepadamu untuk mengajak kau lebih dekat denganNya.
Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.
Bayangkan ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya.
Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu : "Aku mencintaimu wahai hambaKu."
Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu."
Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia hati bersih.
Masya Allah...sungguh nikmat solat yang kita lakukan.
Aamiin. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang di redhai Allah swt.
Labels:
Bersama Ustaz,
Petua
Monday, April 27, 2015
Sumatera Barat, Indonesia.
4th April 2015 - Ketibaan di Lapangan terbang Minangkabau
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau tepat jam 1.30 minit petang, menaiki van terus ke Bukit Tinggi. Dalam perjalanan berhenti di air terjun lembah anai, dan terus di bawa ke tempat-tempat untuk melontar. Berhenti makan di Rumah Kedai Dilamun Ombak. Suasana di Bukit Tinggi sungguh romantik sekali, udara yang nyaman dan sejuk mata memandang. Alam semula jadi terutamanya perjalanan semasa menuruni bukit, dilereng2 jalan dapat dilihat pemandangan pokok-pokok kayu manis dan air sungai dari pergunungan yang mengalirkan air yang jernih, bersih dan nyaman sekali. Satu perjalanan yang di hidang dengan anugerah alam yang cukup indah lagi mengasyikkan. Membeli belah di butik yang berdekatan dengan Hotel. Check in selepas selesai soping hari pertama.
5th April 2015 - Tasik Maninjau
Sarapan pagi di hotel, sebelum bermula lawatan pagi itu sempat soping di bawah hotel... hehhe waktu sesuai sekali. Bermula lawatan Embun Pagi di Lake Maninjau,
Pemandangan Bukit Tinggi yang di kelilingi gunung2 berapi dapat di lihat dengan jelas terutama ketika menyusur ke Danau Singkarak atau Danau Maninjau.. Kabus pagi. View tasik maninjau yang begitu cantik. melalui kelok 44 dengan jalan bengkang bengkok nye...Kecut betul turun bukit tu.
Menziarahi muzium atau Rumah Kelahiran Pak Buya Hamka. Mendengar cerita dari Haniff Rasyid orang terdekat dengan Buya Hamka sendiri. Sadis sungguh cerita nye...Hati ku tersentuh dengan apa yang di ceritakan. Balik ke Hotel dan soping di Pasar Atas dan Pasar Bawah.
6th April 2015 - Lobang Jepang
Sarapan pagi di hotel, hari ini kami akan membawa anda ke Jam Gadang, Kinikko untuk Minum kopi tradisional dan beberapa produk tempatan, Istana Raja Pagaruyung, Lobang Jepang, ada lebih 100 anak tangga, Terowong jepun, Panorama Park dan makan tengahari di atas kolam di Tepi Sawah padi. Selepas santapan kami terus ke Istana Lindungan Bulan Balik dari Pagaruyong terus ke Hotel Penginapan di bandar Padang. Makan malam di Restoran tepi pantai.
Sarapan pagi di hotel, hari ini kami akan membawa anda ke Jam Gadang, Kinikko untuk Minum kopi tradisional dan beberapa produk tempatan, Istana Raja Pagaruyung, Lobang Jepang, ada lebih 100 anak tangga, Terowong jepun, Panorama Park dan makan tengahari di atas kolam di Tepi Sawah padi. Selepas santapan kami terus ke Istana Lindungan Bulan Balik dari Pagaruyong terus ke Hotel Penginapan di bandar Padang. Makan malam di Restoran tepi pantai.
7th April 2015 - Petukaran Hotel ke Padang.
Menginap di Axiana Hotel di Bandar Padang. Walau kepenatan still nak merayau2 di bandar itu. Masih nak cari kedai-kedai yang boleh di lontar. Hahha ada la kedai kasut dan sejarah sambil merayau2...bff terputus selipar yang baru di beli...huhu...nasib ada getah. selipar bergetah urat kah kah. Sarapan pagi di hotel dan terus dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan balik ke Malaysia. Satu pengembaraan yang tidak mampu di lupakan. Bergambar sebelum sampai ke Lapangan KLIA.
Menginap di Axiana Hotel di Bandar Padang. Walau kepenatan still nak merayau2 di bandar itu. Masih nak cari kedai-kedai yang boleh di lontar. Hahha ada la kedai kasut dan sejarah sambil merayau2...bff terputus selipar yang baru di beli...huhu...nasib ada getah. selipar bergetah urat kah kah. Sarapan pagi di hotel dan terus dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan balik ke Malaysia. Satu pengembaraan yang tidak mampu di lupakan. Bergambar sebelum sampai ke Lapangan KLIA.
Thursday, February 26, 2015
Manusia sentiasa di uji
Assalamualaikum wbt
Mengapa Aku yang di uji?
Itu menjadi persoalan pertama yang seringkali kita dengar dari setiap insan yang di uji Allah swt.
Firman Allah swt. "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,"
(Surah AlMulk: Ayat 2)
Setiap manusia pasti melalui saat-saat di uji Allah swt. Dan jika kita sebagai manusia tidak tahan dengan ujian itu, kita akan rasa berputus asa tanpa memikirkan kebaikan sebalik ujian itu.
Namun, jika uji atau musibah itu di tafsir dengan sempurna dan teliti, pastinya rasa putus asa tidak akan timbul dalam diri malah ujian itu mampu memberi sesuatu kekuatan baru kepada kita semua dalam menghadapi hari esok tanpa mengeluh.
Rasulullah saw juga bersabda:
"Sesungguhnya, jika Allah swt mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan di uji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah swt".
Seperti aku juga di uji ketika melahirkan anak pertama 10 tahun yang lalu. Ketika di atas katil menunggu saat-saat kelahiran. Dengan kesakitan yang tidak mampu di lafaz oleh sesiapa pun wanita-wanita di dunia ini. Dengan penantian 5 jam di wad bersalin..hanya 3 inch sahaja saluran peranakan terbuka.
Setelah 5 jam merasakan kesakitan itu, jantung bayiku menjadi lemah kerana air ketuban sudah lama di pecahkan. Dengan berat hati suamiku meluluskan untuk melahirkan secara pembedahan. Aku terus di masukkan ke labour room.
Apa yang di fikiranku ketika itu, kenapa aku yang di uji begini..kenapa orang lain sesenangnya melahirkan tanpa sebarang komplikasi atau kerumitan di saat melahirkan. Andai itu takdirku, aku dan suami redha kerana Allah swt tahu aku mampu mengharunginya.
Jadi setiap apa yang terjadi itu, fikirkan lah ada hikmah setiap sebalik kejadian yang di berikan Allah swt. Jangan leka dengan menghukum Allah kerana musibah itu. Allah tahu segala apa juga rancanganNya adalah terbaik untuk kita.
Menguji ketaatan dan ketaqwaan kita sebagai hambaNya di dunia ini. Adakah kita mampu menerimanya dan rasa syukur dan redha. Hilang sabar bukti lemahnya iman kita.
Sepertimana Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan kami telah beriman sedanakan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Sunday, February 22, 2015
Mudahnya Menjemput REZEKI
Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
Sesetengah ulama berkata bahawa Sesiapa yang menjaga soaltnya maka Allah akan mengurniakan lima keistimewaan:
- Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.
- Akan di hindarkan daripada azab kubur.
- Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
- Akan memasuki syurga tanpa hisab
Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan soalt. Kami tidak meminta rezeki kepada kamu. Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertakwa. (Thaha 20:132)
"Apakah cara paling murah, mudah dan praktikal agar otak kita beroperasi dengan lebih cekap dan cepat?" Anda sudah tahu jawapannya, betul?.
Jesteru, dengan menunaikan perintah Allah khususnya solat, bukan sahaja mendapat ganjaran pahala dan rezeki, malah fikiran kita pun bertambah cerdas.
Bagaimana Menjemput Rezeki Dengan Surah Al-Fatihah.
Ada 4 kaedah:-
1.
Masa membacanya di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Subuh.
Baca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara dua solat tersebut.
Bismillahirrahmanirrahim adalah ayat pertama bagi surah Al-Fatihah.
2.
Masa membacanya selepas selesai setiap solat 5 waktu. Baca sebanyak 7 kali.
3.
Masa membacanya di tengah malam (semasa bangun untuk solat tahajjud). Bacalah sebanyak 41 kali.
4.
Pilihlah mana-mana waktu yang sesuai. Kemudian baca surah Al-Fatihah sebanyak 313 kali. Bacalah selama 3,5 atau 7 hari. Membaca Al-Quran sebaiknya mengadap kiblat dan ada wudu'.
Pendinding ketika tidur.
Bacalah Surah al-Fatihah 1 kali,
Surah al-Ikhlas 3 kali,
Surah an-Nas dan
Surah al-Falaq sekali sebelum tidur.
Insya-Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan,
kecurian, kebarakan dan malapetaka.
Saturday, February 21, 2015
Misi Bantuan Banjir Ke Kelantan 16th Jan
Misi bantuan banjir ni bermula dengan idea My Miss Bos.
Puan Sharaifah Kamariah. Maka tercipta la satu kumpulan AJK tunggak kejayaan misi ini.
Meeting pertama di buat merencana agenda dan apa yang perlu di lakukan seterusnya.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar dengan izin Allah. Collection berjumlah RM10k ++ dapat di kumpulkan dengan kerjasama semua pihak.
Tanggal 16 Jan 2015 Sebanyak 3 buah 4WD menghala ke Aring 1-10, Manik Urai, Kubang Kerian dan Pasir Mas.
Semua yang di rencana berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Seramai 6 orang Sukarelawan di hantar ke sana berbekalkan sedikit arah tunjuk & GPS.
Semua yang di rencana berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Seramai 6 orang Sukarelawan di hantar ke sana berbekalkan sedikit arah tunjuk & GPS.
Ini lah wajah-wajah sebenar belakang tabir. Tiada pangkat atau darjat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kebajikan ini. Alhamdulillah kita berbeza tapi misi yang sama. syukur pada MU kerana memberkati niat kami ini.
Sukarelawati yang banyak membantu di belakang tabir. Mak-mak dara dan anak dara yang mengemas dan meyusun atur barang2 keperluan sebelum di agihkan kepada mangsa-mangsa.
Hah terselit gak gambar ni...ni sebenarnya misi bantuan banjir personal dari koleksi peribadi ku. 2 minggu sebelum misi banjir besar-besaran dari pihak syarikat.
Kolam Renang Putrajaya.
Assalamualaikum wbt..
Lama gak la x coret coret kat sini. Bawa anak jalan-jalan, mandi kat p19 putrajaya.
Seronok la bila boleh jalan-jalan.
Seronok dapat layan anak-anak ni. Kegembiraan anak-anak kegembiraan kita sebagai ibu bapa.
Anak-anak memang seronok sangat bila boleh mandi ramai-ramai macam ni. Berbanding mandi private swimming pool ni.
Sofea dan air tak dapat di pisahkan.
~ Best sini dekat dengan rumah.
~ Dekat dengan playground
~ Kedai makan
~ Fasiliti pun complete
~ Petrol pam
~ Open
~ Bayaran berpatutan.
~ Open
~ Bayaran berpatutan.
Jadual operasi:
Sesi 1 : 9.00 pagi – 11 pagi
Sesi 2 : 1.00 petang – 3.00 petang
Sesi 3 : 5.00 petang – 7.00 petang
Sesi 4 : 8.00 malam – 10.00 malam
Sesi 2 : 1.00 petang – 3.00 petang
Sesi 3 : 5.00 petang – 7.00 petang
Sesi 4 : 8.00 malam – 10.00 malam
Saturday, February 14, 2015
Fakta Anak Sulung
OMG lama betul tak post...hehe kesibukan melanda...x dapat nk tolong la. Santai-santai je sembang pasal anak sulung. Adakah anda juga anak sulung? Tapi ini lah ciri-ciri yang ada pada anak ku.
CIRI-CIRI ANAK SULUNG
1)AnAk MaNjA
Sangat manja dengan Babah, ke mana saja pasti berdua.
2) HaTi
Keras hati tapi kadang-kadang kena cara pujuk..lembut juga. Sensitif mudah sentap. Mudah menangis.
3) BeRDiKarI
Boleh buat kerja sendiri tanpa di suruh. Suka membantu sesiapa sahaja.
2) AnAk DeGiL
Degil?..ye jugak dan tak jugak. Tapi jika kemahuannya tidak di turuti selepas berjanji memang akan di ingati sampai bila-bila.
4) BeRCiNtA
7 tahun dah ada boyfren....xtau lagi la sebab belum kenal dunia luar lagi kan..
5) PeMiMPin
Memang boleh jadi ketua..memang berdisiplin.
6) ShOpPing
No 1...hahha kaki soping...pakaian nak up to date je. Kemas sepanjang masa. Baju dah lama-lama x nk pakai.
Nagantuk pulak...Anak-anak semua dah tidur....layannnnnnnn
Wassalam.
Friday, January 30, 2015
Dinner Shaklee Dinamic Family Global (SDFG) 2015
Assalamualaikum wbt...
1st year Aku dinner bersama Shaklee ni. Ini ialah kelebihan bersama SDFG ni. Tahun pertama join shaklee terus pegi dinner.
Ni Eja upline dengan pangkat Key Coordinator.
Mami Sen. Key Coordinator. Wanita Kecil dan Comel mempunyai hati yang cekal dan tabah. Mimpikah aku setabah dan secekal beliau untuk mencapai Master 2015.
Mami juga Mentor ku.
Mami juga Mentor ku.
Bersama Mek ( Mak kepada Mami AafiyAdelia) dan Papa K.Sow pengasas SDFG Malaysia, Taiwan, Indonesia dan India.
Bersama K.zan, Lea dan Usemawati.
Ummi 18 tahun bersama Shaklee. Master Ummi is my mentor. Inginku miliki hati yang cekal dan setabah beliau. Yang tak pernah gentar dengan ujian dan dugaan hidup walau sesekali menangis dengan kerenah anak-anak didiknya dalam mencari kehidupan sebenar berjaya dalam shaklee.
Bantu lah aku Ummi. Ketuk la aku Ummi. Kadang-kadang diri terleka dengan kehidupan ini.
Barisan tulang belakang SDFG.
Antara rakan-rakan seperjuangan yang ingin mengejar hidup yang lebih sempurna dan berjaya dunia dan akhirat. Inshaa Allah.
Ya Allah bantu lah aku demi mengejar kebahagiaan dunia akhirat dan aku lakukan ini sebagai ibadah dan kerana MU. Aamiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)