1
Wednesday, October 20, 2010
Aku
Setelah penat melayan tetamu yang datang, aku melabuhkan tubuh lesuku di atas katil di dalam bilikku. Aku menarik nafas panjang-panjang. Aku bangun dan mengadap ke cermin di sudut bilik. Aku merenung mataku dan mengamati mukaku yang sesekali seperti tawar, pucat seolah-olah tidak berisi darah lagi. Ku ramas kulit pipiku dan daguku. Kutanggalkan pakaian rayaku dan berkemban separuh dada. Ku renung susuk tubuhku yang ramping dan kulenggokkan pelbagai gaya macam seorang peragawati berlatih untuk pertunjukkan fesyen. Aku semakin dewasa. Kulit tubuhku yang kekuningan langsat itu belum pernah di jamah oleh mata-mata luar yang bukan muhrimku. Aku cukup berhati-hati kerana apabila ianya sudah menjadi tontonan mata-mata liar bermakna ianya sudah tidak layak untuk menjadi penghuni syurga. Aku beralih ke sebelah sisi. Dan ku amati setiap gayaku. Aku tertanya sendiri. "Apalah yang menyebabkan Rizal memilih diriku sebagai temannya?" Bisikku sendiri.
Mencari sinar hidup tidaklah mudah. Ia bukan seperti mencari cahaya lampu atau menanti mentari pagi menjenguk bumi. Sinar hidup yang dicari bakal menerangi kehidupan di dunia ini. Begitulah manusia menangani kehidupan ini sebelum pulang kepangkuan Ilahi. DAN, dalam pencarian ini kita sering kecundang.
Begitu juga dengan aku. Aku dah cuba sedaya upaya. Aku juga mengubah perangai semata-mata kerana seorang lelaki yang teramat ku cintai. Segalanya ku lakukan adalah untuk Rizal. Aku berusaha untuk menjadi perempuan, kekasih dan isteri yang baik untuknya. Tetapi saat ini aku masih gagal membuktikannya. Dan ada ketiakanya aku serting salahkan diri sendiri. Di mana silapnya sehingga aku masih gagal dalam mencari kehidupan sebenar-benarnya. Sesungguhnya dunia ini terlalu banyak misterinya. Manusia di kerah mencari jalan penyelesaian. Alangkah besarnya kuasa Allah. mentari pagi mula senyum. Bunga-bunga di serata alam sudah mula mengembang. Burung-burung berkicauan. Tapi aku masih lagi disini, duduk, termenung dan tidak tahu apa yang harus aku lakukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment