1

1

Wednesday, October 20, 2010

Tanggungjawab isteri


Tanggungjawab isteri taatkan suami

ISTERI mempunyai tanggungjawab penting dalam rumah tangga. Dia bukan saja sebagai isteri atau ibu, malah lebih daripada itu, sebagai timbalan ketua dalam rumah tangga.
Tanggungjawab itu perlu dilaksanakan isteri dengan penuh ikhlas, demi mendapat keredaan Allah.

Di antara kewajiban isteri ialah:
- Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama mazhab Al-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

- Mengendalikan kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, ms 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

- Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami terhibur ketika di sampingnya.

Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar prihatin.

- Memujuk suami. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
ø„pabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak, janganlah kita bersama-sama.?

- Taat kepada suami. Dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin daripada suami terlebih dulu.

- Memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya kerja itu kerana Allah dan rasul-Nya, isteri mestilah memberi sokongan kepada suami. Berikan galakan dan semangat serta menasihati suami supaya tidak berputus asa.

- Menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang di dalam rumah tangga.
Batas dan tanggungjawab suami isteri ditetapkan oleh Islam sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadat kepada Allah.

Perkahwinan adalah ööniversiti kehidupan?yang mengajar seorang suami atau isteri liku-liku melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka untuk dijawap di hadapan Allah pada hari akhirat. Perkahwinan atau rumah tangga akan hancur jika setiap pihak mengabaikan tanggungjawab masing-masing.

Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujud keluarga bahagia yang menjadi tahap pertama pembentukan masyarakat Islam yang mengamalkan nilai-nilai rahmah, sakinah dan mawaddah.

No comments: