1

1

Thursday, October 21, 2010

Petua Dapat Anak

Ini adalah petua bagi mereka yg lama berkahwin tetapi belum dikurniakan cahayamata.

1. Amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi selama 3 bulan.
2. Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik utk semua lelaki yg telah berumahtangga.
3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila ke masjid.

Cara melakukan amalan senaman batin:

1. Duduk bersila badan tegak
2. Luruskan kaki kanan ke depan
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri dan tarik nafas perlahan-lahan.
4. Selepas nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas, tahan selama tujuh saat)
5. Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.
6. Lakukan tiga atau tujuh kali selepas solat Subuh. Jika betul melakukannya, peluh akan keluar walaupun hanya 3 kali (3 x kanan dan kiri)

Selamat mencuba! Jangan putus asa!

No comments: