1

1

Thursday, February 26, 2015

Manusia sentiasa di uji

Assalamualaikum wbt



Mengapa Aku yang di uji? 
Itu menjadi persoalan pertama yang seringkali kita dengar dari setiap insan yang di uji Allah swt. 

Firman Allah swt. "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,"
(Surah AlMulk: Ayat 2)

Setiap manusia pasti melalui saat-saat di uji Allah swt. Dan jika kita sebagai manusia tidak tahan dengan ujian itu, kita akan rasa berputus asa tanpa memikirkan kebaikan sebalik ujian itu.

Namun, jika uji atau musibah itu di tafsir dengan sempurna dan teliti, pastinya rasa putus asa tidak akan timbul dalam diri malah ujian itu mampu memberi sesuatu kekuatan baru kepada kita semua dalam menghadapi hari esok tanpa mengeluh.


Rasulullah saw juga bersabda:
"Sesungguhnya, jika Allah swt mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan di uji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah swt".

Seperti aku juga di uji ketika melahirkan anak pertama 10 tahun yang lalu. Ketika di atas katil menunggu saat-saat kelahiran. Dengan kesakitan yang tidak mampu di lafaz oleh sesiapa pun wanita-wanita di dunia ini. Dengan penantian 5 jam di wad bersalin..hanya 3 inch sahaja saluran peranakan terbuka. 

Setelah 5 jam merasakan kesakitan itu, jantung bayiku menjadi lemah kerana air ketuban sudah lama di pecahkan. Dengan berat hati suamiku meluluskan untuk melahirkan secara pembedahan. Aku terus di masukkan ke labour room.

Apa yang di fikiranku ketika itu, kenapa aku yang di uji begini..kenapa orang lain sesenangnya melahirkan tanpa sebarang komplikasi atau kerumitan di saat melahirkan. Andai itu takdirku, aku dan suami redha kerana Allah swt tahu aku mampu mengharunginya.

Jadi setiap apa yang terjadi itu, fikirkan lah ada hikmah setiap sebalik kejadian yang di berikan Allah swt. Jangan leka dengan menghukum Allah kerana musibah itu. Allah tahu segala apa juga rancanganNya adalah terbaik untuk kita. 

Menguji ketaatan dan ketaqwaan kita sebagai hambaNya di dunia ini. Adakah kita mampu menerimanya dan rasa syukur dan redha. Hilang sabar bukti lemahnya iman kita.

Sepertimana Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan kami telah beriman sedanakan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

Bagi orang-orang yang beriman yakin bahawa setiap ujian Allah itu adalah yang termampu di tanggung oleh manusia itu.

No comments: