1

1

Wednesday, January 20, 2010

BACALAH! KALAU TIDAK KAU AKAN MENYESAL


Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku
ditempatkan
disuatu
tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong.. yaaaa.. aku masih
ingat
nama itu.. dialah yg memiliki kami..
Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg
dibincangkan
oleh Joe dgn Taukey Leong.. apa yg aku ingat..setelah
Itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi.. aku resah meninggalkan
kawan-kawan
yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati.
Simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri.. Kerana mereka sedar
mereka
Juga bakal menerima nasib yang sama. Joemembawa aku berjalan-jalan
menyusuri
Kaki lima ibu kota dengan riang..

sungguh indah pemandangan bandaraya ini.. alangkah bahagianya jika aku
dapat
menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan.. Tanpa perlu menjadi
hamba
kepada sesiapa.. Joe tiba-tiba berhenti.. melabuhkan punggung sambil
tersenyum,
menyeringai seolah-olah ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya..
perlahan-lahan
Joe menyentuh tubuhku.. dilurut-lurutnya berkali-kali..
aku rimas diperlakukan begini.namun apakan daya.. Sebagai makhluk yg
lemah
aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.
Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali.. terasa sekujur tubuh
ku membahang.. TIDAK!!!.. raungan itu hanya mampu berkumandang di
benakku..
tubuhku semakin longlai dikerjakan Joe. Sampainya hatimu Joe e*****
manusia
berhati binatang. syaitan bertopengkan manusia..

Joe menghela nafas panjang..bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku..
apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? apakah dia kini menyesal?..
Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam
hati yg
tadinya bagai ditunggang iblis Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa
sebarang
bicara.. Entah berapa kali jam ditangan direnunginya.. Sayup2
kedengaran
beberapa
suara.. Seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira
menyambut
kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam
kearah
tubuh bugarku
ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu
serakah..
Joe memperkenalkan aku padanya.. Roy. begitu jugak dengan yg lain2.
Jack, Poie dan sigemuk itu.. Agi.

Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada
dalam
genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. Dari tangan ke
tangan
aku
berpindah. aku dikucup. diisap..diramas sepuas-puasnya. aduhh!!! aku
tak
mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu..
tubuh
ku di kecap mereka
sepuas hati..dan akhirnya.

Setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi
longkang.
Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih
hina drpd
seekor anjing..Kenapa manusia begitu kejam?..
Tidakkah mereka sedar.. aku juga punya harga diri. Syaitan2 itu tak
mungkin
akan
mengerti.. Kini.. tinggallah aku sendirian.. menangis.. merintih..
mengenangkan
Nasib hidupku. ya.. inilah nasib hidupku............










Itulah aku SEPUNTUNG ROKOK.
Photobucket

No comments: