1

1

Sunday, January 24, 2010

Solat Malam

SOLAT MALAM mempunyai banyak kelebihan dan ini diterangkan dalam
banyak hadis. Di antaranya, hadis diriwayatkan Abu Hurairah yang
meriwayatkan Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud : "Solat
yang
paling afdal selepas solat fardu ialah solat pada waktu tengah malam
dan puasa yang paling afdal selain puasa Ramadan ialah puasa bulan
Muharam."

Bilal ibnu Rabah pula meriwayatkan Rasulullah bersabda yang
bermaksud: "Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang pada waktu
malam
kerana yang demikian itu adalah amalan orang soleh sebelum kamu.

"Solat malam dapat mendekatkan diri kepada Allah, mencegah
perbuatan
maksiat, menghapuskan dosa dan menghilangkan penyakit daripada
badan."

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Allah mengasihi seorang lelaki
yang
bangun tengah malam, lalu dia mengerjakan solat dan membangunkan
isterinya untuk turut sama bersolat. Kalau isterinya enggan, beliau
akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita
yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat lalu dia
membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan,
beliau akan memercikkan air ke mukanya."

Dalam menjelaskan kelebihan sembahyang malam, Allah berfirman
bermaksud: "Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah
kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu
mengangkat kamu ke tempat terpuji." (Surah al-Isra, ayat 79)

Firman Allah lagi bermaksud : "Lambung mereka jauh dari tempat
tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan
harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami
berikan kepada mereka.

"Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka
iaitu (bermacam-macam nikmat) apa yang menyedapkan pandangan mata,
sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan." (Surah
as-Sajdah,
ayat 16 - 17)

Petikan Dari Artikel Agama
Berita Harian 22Sept.2003

No comments: